suria

Rider duduk tepi jalan baca al-Quran sambil tunggu ‘order’, ada pula hamba Allah murah hati belanja berbuka sepanjang Ramadan

Rider ini tekun membaca Al-Quran di sebuah kawasan rekreasi di Taman Traulsen, Tawau.

UMAT Islam sememangnya digalakkan untuk mempertingkatkan amalan ketika di bulan Ramadan.

Ramai yang berlumba-lumba mengisi masa lapang dengan melakukan pelbagai ibadah sunat demi memperoleh pahala berlipat kali ganda, termasuklah pemuda dari Tawau, Sabah ini.

Dalam kesibukan tugasnya sebagai seorang penghantar makanan atau rider, dia masih meluangkan masanya dengan membaca al-Quran sementara menunggu pesanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baca Quran dalam restoran fast food ketika kelas mengajinya ada masalah, satu persatu kebaikan rider ini terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba pasang tripod, ingatkan video call dengan keluarga... rupa-rupanya rider mengaji! – “Rasanya Ustaz Yusuf nama dia”

Tanpa disedari, amalannya itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui jalan berhampiran kawasan rekreasi di Taman Traulsen, Tawau, Sabah, baru-baru ini.

"Lalu tadi di highway, ingatkan dia tengah main game. Rupa-rupanya runner ni tengah duduk membaca al-Quran. Mungkin tengah duduk sambil tunggu order.

"Saudara ni mengisi masanya untuk menambah pahala di bulan Ramadan, syabas anak muda," tulis Ismail Sabran Ancok yang membuat perkongsian di laman Facebook miliknya.

rider 2

Ismail (berbaju biru) bermurah hati menawarkan 'ganjaran' kepada rider berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ismail berkata dia terserempak pemuda tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan untuk berbuka puasa di bandar Tawau.

"Pertama kali saya nampak pemuda membaca al-Quran di situ. Biasanya orang bersukan, berjoging, lepak santai," ujar Ismail yang merupakan seorang kontraktor binaan dan pemilik gerai makanan.

rider 1

Gerai Abang Ancok milik Ismail terletak di Downtown Tawau.

Ujar lelaki berusia 35 tahun ini, dia begitu mengagumi rider berkenaan lantas membuat perkongsian di Facebook, bertujuan untuk 'menjejaki' tuan badan kerana berhasrat mahu memberikan sedikit ganjaran.

"Hasil daripada kawan Facebook yang tag pemuda itu, saya sudah berhubung dengan dia untuk bertemu di gerai saya.

"Saya mahu tunaikan niat untuk belanja dia berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan. Dia pun gembira dengan pelawaan saya dan bersetuju dengan hati terbuka," ujar Ismail yang memiliki gerai makanan di Downtown Tawau.

Moga makin ramai anak muda mengisi masa lapang dengan membaca al-Quran dalam bulan puasa.

ISMAIL SABRAN

Tidak menyangka perkongsiannya meraih sehingga 2,400 shares di Facebook, Ismail berharap sedikit sebanyak lebih ramai anak muda dapat mencontohi rider berkenaan.

"Moga makin ramai anak muda mengisi masa lapang dengan membaca al-Quran dalam bulan puasa. Kita sedia maklum zaman sekarang anak-anak muda banyak habiskan masa dengan media sosial dan game di telefon bimbit.

"Jadi kita harap dalam sibuk mencari rezeki, moga dapat meluangkan masa membaca al-Quran dan tidak semestinya pada bulan Ramadan saja tapi di hari-hari yang lain," akhirinya.

rider 3

Ismail berhasil menemukan rider berkenaan (gambar) hasil bantuan rakan Facebook.

Sementara itu menyoroti komen netizen, rata-ratanya turut melahirkan rasa kagum dan memuji rider berkenaan.

"MasyaAllah! Patut diangkat anak muda begini.

"Alhamdulillah walaupun sibuk bekerja tapi masih ada masa beramal. Semoga jadi contoh kepada kita semua.

"Jarang-jarang berlaku. Semoga kita boleh ikut jejaknya," demikian antara komen-komen netizen pada perkongsian tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain