suria

Nak tempah baju murah-murah? Penjara Kajang sedia ambil upah... Ada yang pesan bawa pakaian contoh senang ukur saiz

Penjara Kajang menawarkan beberapa perkhidmatan dengan harga istimewa.

SEBELUM kedatangan bulan Ramadan yang penuh kemuliaan lagi, umat Islam sudah mula menempah busana yang mahu digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mana tidaknya, sudah dua tahun beraya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi pastinya perayaan kali ini akan diraikan dengan lebih meriah apabila kita sudah memasuki ke fasa peralihan endemik.

ARTIKEL BERKAITAN: Menu udang 16.2kg untuk 6 orang, pelanggan bayar RM3,200! Agak-agak dah kena scam atau sebab 'berat mulut'?

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak mampu bayar, mustahil belanja sampai RM10,000 di SPaylater! Tiada rekod 'lewat'... ramai syak sipolan nak show off rancak membeli

Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada mereka yang masih belum membuat tempahan selain gemar membeli pada saat akhir.

Menurut satu perkongsian di media sosial, tempahan baju raya dibuka seawal November tahun lalu dan difahamkan kini tiada lagi butik mahupun tukang jahit yang mahu menerima tempahan.

Seorang pelayar media sosial membuat hantaran bersama mesej yang mengatakan seorang wanita mencari tukang jahit dengan harga mampu milik di sekitar Putrajaya, Bangi dan Sepang Selangor berikutan tidak dapat melakukannya selepas dijangkiti Covid-19.

Orang ramai boleh membuat tempahan secara pandu lalu.

Orang ramai juga boleh membuat tempahan secara pandu lalu.

Susulan itu, pemilik akaun yang dikenali sebagai Alin membalasnya dengan menyatakan bahawa Penjara Kajang melakukan perkhidmatan seumpama itu pada harga murah.

Malahan, dia turut berkongsi mengenai cara untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

"Hubungi Pejabat Perusahaan Penjara Wanita Kajang di talian 03-87341025 dan nyatakan mahu hantar baju untuk dijahit.

"Kalau baju Melayu selalunya dia suruh hantar penjara lelaki pula. Macam kongsi rezeki dan kalau tidak silap kuih raya juga mereka buat," tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa Penjara Kajang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dobi, salun, pusat rawatan dan kecantikan dan kedai kek.

Produk makanan sejuk beku pun ada. Mak saya selalu beli kuih donut dan karipap dari sana.

NETIZEN

Posting yang diulang kicau lebih 3,600 kali itu tanyata menarik minat warganet dan rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman kerana pernah mendapatkan perkhidmatan daripada Penjara Kajang.

Berdasarkan perkongsian mereka, perkhidmatan yang ditawarkan di penjara tersebut disifatkan sebagai yang terbaik.

"Mak saya pernah beli kek coklat moist dan kuih raya di sana. Memang sedap! Jadi tolonglah tempah dari sana dan membantu mereka yang terlibat.

"Produk makanan sejuk beku pun ada. Mak saya selalu beli kuih donut dan karipap dari sana.

Antara reaksi netizen yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Penjara Kajang.

Antara reaksi netizen yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Penjara Kajang.

"Teringat dulu semasa berada di sekolah, ada beli kek-kek yang para banduan buat dekat kompleks penjara," demikian antara komen-komen warganet.

Dalam pada itu, Penjara Kajang ketika dihubungi mengesahkan pihak mereka menerima tempahan jahitan dan kuih raya seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak di media sosial.

Bagaimanapun, katanya tempahan baju untuk Hari Raya Aidilfitri perlu dibuat sebelum Ramadan dan orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan boleh hadir ke Kompleks Penjara Kajang mengikut waktu pejabat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain