suria

Kalau tak mampu bayar, mustahil belanja sampai RM10,000 di SPaylater! Tiada rekod 'lewat'... ramai syak sipolan nak show off rancak membeli

Seorang pengguna SPayLater ingin mendapatkan pandangan jika dia tidak membayar ansuran bulanan.

SEGELINTIR rakyat Malaysia lebih gemar memilih pembayaran secara ansuran yang kononnya dapat membantu mengelakkan mereka daripada mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah yang besar pada satu-satu masa.

Justeru, tidak hairanlah apabila perkhidmatan ShopeePay atau SPayLater yang diperkenalkan sejak tahun lalu mendapat perhatian ramai walaupun sesetengah ilmuan agama mentakrifkannya sebagai riba.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian

Ia berkemungkinan disebabkan 'perkhidmatan' yang ditawarkan itu lebih mudah diuruskan kerana pengguna hanya perlu 'klik' dan semuanya tersedia di hujung jari.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna perkhidmatan tersebut membuat hantaran di laman sosial dengan menyatakan dia tidak mampu membuat bayaran ansuran sejumlah RM3,000.

"Macam mana kalau tak bayar SPayLater dan apa tindakan mereka boleh ambil ke atas saya? Saya dah hutang SpayLater sebanyak RM3,000 dan sekarang tak mampu bayar," kata pemilik tangkap layar tersebut.

Meneliti tangkap layar yang dikongsikan, dipercayai jumlah pembelian yang dibuat di portal e-dagang itu hampir RM10,000.

Pengguna mendakwa dirinya tidak mampu membayar SPayLater.

Pengguna mendakwa dirinya tidak mampu membayar SPayLater.

Ia berikutan rekod transaksi bayaran bil yang dipaparkannya bagi bulan Januari tahun ini adalah melebihi RM9,978 manakala jumlah bil yang telah dibayar pada Februari pula adalah RM2,772.

Malahan, rekod transaksi pada tahun 2021 juga menunjukkan jumlah bayaran bil yang dilakukan adalah melebihi RM5,000.

Lantaran itu, kenyataannya yang tidak mampu membayar mengundang pelbagai spekulasi dan rata-rata netizen menyifatkan pemilik akaun tersebut hanya ingin menunjuk-nunjuk.

"Padahal dia nak tunjuk kaya dan rancak membeli-belah. Lagipun dia tunjuk paid kan maksudnya dah bayar, kalau tunjuk unpaid mungkin ada betul dan semua bil yang dah paid tu cantik tiada yang late."

"Kalau belum bayar mesti tunjuk bahagian unpaid tu. Ni (tunjuk) bahagian yang dah buat pembayaran.

"Riak la kan."

Rata-rata netizen menyifatkan pengguna tersebut hanya ingin menunjuk-nunjuk.

Rata-rata netizen menyifatkan pengguna tersebut hanya ingin menunjuk-nunjuk.

"Yang dia tunjuk tu dah bayar. Ade unpaid RM3,000 tak mampu dah... naya kalau berbelanja tiap bulan Shopee saja puratanya RM6,000 hingga RM7,000."

"Orang ni cuma nak menunjuk ke apa... sebab bahagian paid tu maksudnya dia dah bayar dan bayaran sampai bulan Februari. Yela dia saja yang kaya, patut tunjuk ruangan unpaid."

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga dikongsi lebih 550 pelayar Facebook.

Difahamkan, perkhidmatan yang disediakan syarikat e-dagang itu membolehkan tahap pengkreditan ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut 'komitmen' bulanan yang diberikan pengguna.

Ekoran itu, seorang lagi warganet mempersoalkan bagaimana individu terbabit mendapat jumlah kredit yang banyak sedangkan dia hanya memperoleh RM1,000 dan ia digunakan untuk membeli barangan dapur.

Ia akan memberi manfaat jika digunakan dengan cara betul.

Ia akan memberi manfaat jika digunakan dengan cara betul.

Antara reaksi lain yang ditinggalkan netizen adalah 'berbelanjalah dengan bijak, saya pun guna SPayLater ni tapi berbelanja untuk barang yang betul-betul perlu bukan kehendak'.

"Pernah ditawarkan perkhidmatan ni dari Shopee tapi kemudiannya ditarik balik, beli ikut kemampuan saja. Ada duit boleh beli-belah, kalau tiada hanya window dulu... nanti tak perlu pening-pening nak bayar hutang."

"Beli cash lagi bagus, tambah duit dalam wallet tu. Kalau tiada duit tak payah beli sebab kalau ikutkan nafsu membeli aku ni, memang semua nak beli."

SPayLater ini ada juga kebaikannya contoh orang mula nak meniaga dan tiada modal, boleh guna dulu... nanti jangan pula buat-buat lupa bayar

NOR ADILA ZORKEPELI

Dalam pada itu, terdapat seorang pelayar Facebook, Hakims Hajime menyarankan orang ramai menjadikan perkhidmatan e-dagang itu untuk sebagai inisiatif untuk 'menambah kewangan' sedia ada.

"Gunakan SPayLater sebagai fasiliti kewangan untuk buat duit dan bayar sebelum jadi riba. InsyaAllah tiada masalah," katanya.

Seorang lagi memaklumkan ia dapat dilakukan jika penggunanya menjalankan urus niaga seperti penjual di aplikasi Shopee.

"SPayLater ini ada juga kebaikannya contoh orang mula nak meniaga dan tiada modal, boleh guna dulu... nanti jangan pula buat-buat lupa bayar," ujar Nor Adila Zorkepeli.

Terdahulu, Ustaz Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Ustaz Lariba menasihatkan umat Islam agar mengelakkan diri daripada terlibat dengan skim bayaran ansuran SPayLater kerana terlibat dengan amalan riba.

Sistem SPayLater diperkenalkan pada tahun lepas.

Sistem SPayLater diperkenalkan pada tahun lepas.

"Namun, pembelian biasa dengan Shopee secara tunai dan tidak melibatkan bayaran ansuran adalah harus," ujarnya.

Untuk makluman SPayLater ialah sistem bayaran ansuran untuk pembeli yang layak dan mereka boleh memilih bayaran ansuran selama dua, tiga atau enam bulan.

Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25 peratus sebulan dan caj lewat sebanyak 1.5 peratus sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat.

Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd (SeaMoney) untuk menjalankan operasi pembayaran ansuran Shopee.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain