suria

Tiba-tiba pasang tripod, ingatkan video call dengan keluarga... rupa-rupanya rider mengaji! – “Rasanya Ustaz Yusuf nama dia”

Ahmad Fedtri berkongsi semula foto seorang ridr FoodPanda yang sedang mengaji sehingga ia menjadi tular di Twitter.

"SUSAH nak cari orang yang melapangkan masa untuk Allah di waktu sibuknya"

Demikian antara komen netizen terhadap perkongsian yang dibuat oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.

Di dalam perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Fedtri menerusi Twitter dan Instagram, kelihatan seorang rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan FoodPanda sedang duduk seorang diri di sudut sebuah restoran makanan segera sambil mengaji ayat suci Al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji kerana sanggup ulang alik 2 kali hantar parcel guru tercicir, abang kopiah hijau sempat bimbang nasib rider syarikat kurier

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan batal tempahan, rider Foodpanda terdetik bagi fastfood kepada kucing jalanan sebelum akhirnya diberi kepada insan yang sangat lapar

Difahamkan, momen tersebut sempat dirakamkan oleh seorang jurugambar, Fakhrul Syakirin di restoran A&W Petron, Bandar Seri Putra, Bangi, sebelum ia dikongsikan semula oleh pengacara terkenal berkenaan.

"Abang Foodpanda masuk. Mungkin baru lepas penghantaran. Duduk. Pasang tripod. Video Call.

"Aku lalu satu kali, oh VC (panggilan video) dengan keluarga kot? Lalu kali kedua, ada ayat Quran. Siap mengaji!



Momen seorang rider mengaji sempat dirakam seorang jurugambar,Fakhrul Syakirin sebelum dikongsi semula oleh Ahmad Fedtri.

"Selesai mengaji barulah jamah makanan. Begitulah frontliner mencari rezeki. Berkorban masa demi mencari rezeki. Pun masih sempat mengaji bersama keluarga," demikian keterangan yang dibuat menerusi InstaStory.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang kagum dengan keperibadian rider tersebut kerana masih sempat meluangkan masa untuk mengaji sungguhpun ketika sedang sibuk mencari rezeki.



Netizen mengkagumi rider tersebut yang sempat meluangkan masa mengaji sungguhpun dalam kesibukan menghantar makanan kepada pelanggan. Gambar sekadar hiasan.

Menerusi komen-komen di media sosial, ada netizen yang mengenali gerangan rider tersebut dan memaklumkan dia sebenarnya juga merupakan seorang guru mengaji Al-Quran.

"Dia memang ustaz ajar mengaji, rasanya Ustaz Yusuf nama dia," demikian komen seorang netizen.

"Ohh abang ni selalu jumpa mengaji kat masjid... sedap dia mengaji," komen seorang netizen lain pula.



Antara komen netizen terhadap perkongsian Ahmad Fedtri.

"Allahuakbar saya memang hormat dengan abang yang buat penghantaran makanan ni. Di saat orang lain berkurung dalam rumah nak elak kena Covid-19, mereka ni yang memenuhi selera kita dengan menghantar makanan kita sampai ke pintu rumah.

"Semoga Allah merahmati mereka yang benar-benar ikhlas mencari rezeki yang halal," demikian komen seorang lagi netizen.

Sehingga kini perkongsian Ahmad Fedtri di Twitter meraih sehingga 18,000 retweet dan 33,400 like.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rider, FoodPanda, mengaji, tripod, Al Quran

Artikel Lain