suria

Sana sini durian, antara mitos atau pantang larang... jom layan apa kata pakar pemakanan ini tentang raja buah - “Sebenarnya tak ada masalah pun buat milkshake!”

Seorang pakar pemakanan menghuraikan mitos dan fakta mengenai buah durian.

KETIKA ini, lalu sahaja dimana-mana jalan raya pasti akan terserempak dengan gerai menjual buah durian.

Manakan tidak, sekarang adalah musim raja segala buah-buahan itu.

Penggemar durian pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati buah yang mempunyai tekstur lembut dengan bau yang cukup menyengat itu walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas hantu durian! Jangan ingat sedap saja, silap hari bulan jadi 'racun' – “Paling mudarat yang beli banyak, poket kalian makin menipis”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga durian tanpa kulit 'hanya jual isi elok saja'... belian secara biji boleh pulangkan balik jika isi buruk

Namun begitu, pasti rata-rata daripada kita pernah mendengar pantang larang tertentu yang perlu 'dipatuhi' bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

Pantang larang paling popular yang biasa didengari adalah buah durian tidak boleh dimakan bersekali dengan air gas atau air bikarbonat.

Namun, sejauh manakah kebenarannya? Atau adakah ia hanya sekadar mitos?

Menerusi satu posting di Facebook, seorang pakar pemakanan, Fizah Sobri berkongsi fakta mengenai buah durian dari sudut diet.



Perkongsian Fizah Zobri mengenai mitos durian di Facebook beliau.

Beliau turut menyenaraikan beberapa mitos yang mengaitkan buah durian dengan makanan tertentu yang lain.

"Mitos, pengambilan durian dan air gas atau air kopi akan menyebabkan sakit jantung.

"Fakta, durian merupakan satu sumber yang kaya dengan zat potassium. Makanan yang boleh mengahalang potassium ini diserap dalam badan adalah kafein, gula dan minuman beralkahol. Sebab semua ketiga benda di atas akan menyebabkan anda kencing dengan banyak.

"Tapi ia bukan terhad kepada kopi dan air gas saja. Semua minuman yang tinggi gula dan berkafein boleh bertindak dengan zat potassium dalam durian termasuk teh, jus buah tinggi kandungan gula, air berkordial, air isotonic dan lain-lain," tulisnya.

Begitu juga dengan pengambilan bersama terung, di mana kedua-duanya tergolong dalam kategori tinggi dengan potassium.



Buah durian boleh dimakan bersama susu dan lebih enak jika dibuat milkshake. Foto: FB Fizah Sobri

"Pengambilan potassium yang terlalu tinggi akan menyebabkan kadar degupan jantung lebih laju dan ini memang membahayakan pesakit jantung dan buah pinggang

"Maka tidak digalakkan ambil pelbagai sumber potassium yang tinggi dalam masa sama. Tetapi tidak terhad kepada durian dan terung, termasuk sekali pisang, buah nangka, cempedak yang juga tinggi potassium," ujarnya.

Pengambilan durian bersama daging pula perlu diambil secara berwaspada, khususnya bagi yang mempunyai penyakit tertentu.

"Contoh sakit buah pinggang, kedua durian dan daging perlu jaga jaga, terlalu banyak akan lagi merosakkan buah pinggang," terangnya.



Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati buah durian ketika tiba musimnya. Foto: The Star

Beliau juga mengulas mengenai mitos yang mengatakan pengambilan durian bersama susu akan menyebabkan individu berkenaan sakit jantung atau darah tinggi.

"Tiada zat dalam susu ataupun durian yang menaikkan darah tinggi, tapi durian boleh meningkatkan kadar degupan jantung ye

"Tetapi tiada masalah durian nak diambil dengan susu sebab tiada zat dalam durian yang berinteraksi secara negatif dengan zat dalam susu. Nak buat milkshake pun boleh. Sedapnya milkshake durian

"Kalau bab makan netizen laju je share ye. Takde pun nak tanya betul ke tidak," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 830 shares.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain