suria

Kejam, tak waras! Anjing meronta atas jalan diseret kereta, orang ramai buru individu dalam Myvi putih

Netizen meluahkan rasa berang atas tindakan kejam individu dalam Myvi berkenaan.

RAKAMAN tular memaparkan seekor anjing yang diseret dari sebuah kereta Perodua Myvi ternyata menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi kejadian yang dipercayai berlaku di Skudai, Johor itu, seorang individu dilihat mengeluarkan tangannya dari bahagian tingkap kereta sambil menyeret anjing tersebut di atas jalan raya.

Lebih pilu, anjing tersebut kelihatan meronta-ronta apabila lehernya terjerut dengan tali berkenaan sambil kakinya cuba mengejar kelajuan kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat dia baik, tapi perangai lagi teruk daripada binatang” - Gadis terkejut kawan 'online' aniaya monyet, mahu dikenakan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini tak boleh kawal sedih, terus menangis ditenung anjing kena dera... rupa-rupanya haiwan ini cukup dekat dengan dirinya

"Orang jenis ini patut dapat hukuman maksimum. Viral sampai dapat. Jalan Emas 16 Taman Sri Skudai MyVi JMV9157," tulis seorang individu yang memuat naik video tersebut.

Video dan maklumat mengenai kejadian itu dikongsi individu berkenaan menerusi grup Facebook JB Tracer: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report.

Menurut pengadu, video tersebut dirakam oleh ahli keluarganya ketika sedang berada di dalam sebuah Grab, yang berada di belakang Myvi putih berkenaan.

"Saudara saya rakam video ini masa naik Grab. Mereka berjaya menghentikannya. Tapi dia turun dari kereta, lepaskan anjing dan memecut laju. Jiran-jiran datang keluar untuk tengok anjing.

anjing3

Rakaman yang tular di Facebook dan Twitter.

"Minta maaf, tiada alamat rumah. Yang saya ingat hanya Jalan Emas 16. Polis sudah dihubungi dan mereka akan hantar pasukan untuk siasat," tulis individu itu lagi.

Rakaman itu turut dikongsi menerusi laman Twitter Jabatan Netizen Malaysia sehingga meraih hampir 100,000 tontonan.

Selain berang dengan tindakan individu dalam Myvi berkenaan, ramai yang turut menzahirkan rasa pilu atas nasib malang anjing tersebut.

seret anjing

Kejadian didakwa berlaku di Jalan Emas 16 Taman Sri Skudai.

"Manusia apa macam ni tak ada hati perut dengan binatang?

"Tolong cari dia sampai dapat. nombor plat pun nampak. Kesiannya anjing tu.

"Aku syak mental ni, sebab kalau waras tak buat macam ni.

"Wey sampai sakit kakinya dia heret," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain