suria

Sayangnya nak belah! Kreatif sangat, pemuda berdepan ‘masalah’ selepas lukis lembu atas kelapa muda

Wisy berkongsi karya seni yang dilukis di atas sebiji buah kelapa.

MELIHATKAN buah kelapa hijau pasti terbayangkan airnya yang enak dan menyegarkan, terutama di bulan Ramadan.

Kebiasaannya air kelapa menjadi tumpuan di bazar-bazar Ramadan kerana kesegarannya untuk melengkapi juadah berbuka puasa.

Bagaimanapun, buah kelapa muda juga menjadi platform kepada seorang anak muda untuk menunjukkan bakat dalam menghasilkan lukisan berupa seekor lembu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula 'request' isteri, karya seni atas daun kini sumber rezeki... 'pakar bedah daun' nak serah potret Tun M tapi malu - "Silap sikit, kena buat lain"

ARTIKEL BERKAITAN: Potret kanak-kanak menangis atas pinggan bikin ramai sayu, pelukis dedah kisah di sebalik 'nasi berlaukkan kicap'

Begitulah kreativiti pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Dawisy, yang berkongsi lukisanya itu di laman sosial sebelum kedatangan Ramadan sehingga tular.

Berusia 20 tahun, katanya, buah kelapa tersebut antara beberapa biji yang diperoleh keluarganya untuk minum pada bulan lalu.

"Saya baru post lukisan seekor lembu pada sebiji buah kelapa, tak sangka viral. Saya memang suka melukis di atas benda-benda seperti cengkerang, daun dan lidi ais krim.

"Paling pelik saya pernah lukis adalah atas kulit telur. Bila dapat buah kelapa, timbul idea nak lukis di atasnya dengan minta izin pada mak terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

buah kelapa 5

Lembu betina yang dipelihara bapa Wisy.

Lebih mesra disapa Wisy, katanya, lembu yang dilukisnya itu merupakan lembu betina peliharaan bapanya di rumahnya yang berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan di Kelantan.

"Masa nak lukis tu, fikir antara 50-50 untuk jadi sebab susah kerana permukaan buah kelapa yang bulat. Jika tersilap teknik, kepala lembu akan kelihatan memanjang dan nampak pelik.

"Saya ambil gambar lembu yang ditambat di luar rumah sebelum melukisnya berdasarkan gambar," katanya yang melukis menggunakan acrylic marker, pen dan pensil warna.

buah kelapa 2

Potret Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan antara seni eksperimental terawal dihasilkan.

Menurut pemuda berasal dari Kota Bharu itu, tempoh dua hari begitu mencabar namun dia lega kerana dapat menghasilkan lukisan itu pada permukaan buah kelapa.

"Asalnya selepas lukis, nak belah buah tu nak minum dan makan isinya. Tapi sayang pula sebab ada lukisan, kalau tak minum airnya nanti membazir.

Asalnya selepas lukis, nak belahkan buah tu nak minum dan makan isinya. Tapi sayang pula sebab ada lukisan, kalau tak minum airnya nanti membazir.

WISY

"Sudahnya saya hanya tebuk buah kelapa tu dan minum airnya saja dan menyimpan buahnya di rumah. Ada yang nak beli, tapi saya berpendapat adalah lebih baik saya simpan," ujarnya sambil menambah mahu melihat bagaimana keadaan lukisan tersebut apabila buah kelapa itu menjadi tua.

Wisy yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik mengakui mempunyai minat melukis sejak sekolah rendah dan mengikuti beberapa pertandingan melukis.

buah kelapa 3

Lukisan yang dihasilkan atas cangkerang.

Malah, pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni di sebuah universiti tempatan itu mula mendalami seni eksperimental sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

"Masa tu waktu PKP nak beli barang untuk lukis susah, bahan yang dibeli online sampai lambat. Jadi, saya menggunakan apa yang ada selain kertas untuk melukis.

"Antara karya seni eksperimental terawal saya adalah lukisan potret Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dibuat di atas pelitup muka," katanya yang banyak berkongsi karya seninya di laman Twitter.

buah kelapa 4

Lukisan yang dihasilkan atas permukaan telur dan cakera padat.

Bagi Wisy, setiap bahan yang digunakannya merupakan pengalaman berbeza tapi dapat mengelakkan rasa jemu dengan hanya melukis pada sekeping kertas semata-mata.

"Bermula dari situ, saya explore benda-benda pelik dan setiap material yang digunakan perlu belajar skil yang berbeza. Saya bercadang untuk lukis atas bubble wrap pula," katanya yang bercita-cita untuk menjadi pereka dalaman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain