suria

Berang kerenah insurans selepas kereta teruk dilanggar, 98 hari masuk bengkel... wanita tuntut penjelasan, apa sebenarnya berlaku?

Kereta milik Fatiha yang dilanggar dari belakang.

"ALHAMDULILLAH dapat claim pun dah cukup bagus."

Kenyataan itu tidak sewajarnya diguna pakai sekiranya kenderaan mempunyai insurans 'lost of use'.

Berkongsi pengalaman membuat claim bagi klaus berkenaan, seorang wanita, Fatiha Ziqra berkata, dia merasakan ketidakadilan berlaku berikutan jumlah tuntutan yang dibuatnya tidak dibayar mengikut garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM).

ARTIKEL BERKAITAN: Menu udang 16.2kg untuk 6 orang, pelanggan bayar RM3,200! Agak-agak dah kena scam atau sebab 'berat mulut'?

ARTIKEL BERKAITAN: Brokoli harga ‘kayangan’! Pelanggan dakwa tak masuk akal, ada yang minta jangan pertikai lokasi T20 berbelanja

Malah, tindakan yang dilakukan pihak pelaras tuntutan terbabit seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi.

Ia berikutan, pampasan yang diberikan pada awalnya boleh dinaikkan selepas beberapa komplen diajukan menerusi emel.

"Hari ini (24 Mac) saya nak kongsikan pengalaman sendiri berkaitan 'lost of use claim' kereta saya yang teruk dilanggar tempoh hari. Saya ada kongsikan cerita tentang bagaimana saya dilanggar teruk dari arah belakang oleh pemandu yang tidak berhemah dan bagaimana kereta saya dimasukkan ke dalam bengkel selama 98 hari lamanya untuk dibaiki.

Apa hak anda apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan

Apa hak anda apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan

"Mungkin ramai yang tidak tahu bila kita dilanggar dari belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh tuntut 'loss of use' sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian.

"Saya selalu dengar term ini... tapi sebab pertama kali dilanggar teruk dan kerugian yang dialami agak tinggi jadi saya dapatkan info daripada bengkel dan saya memang layak untuk buat tuntutan berkenaan. Bengkel boleh tolong uruskan permohonan.

"Secara asasnya, tuntutan ini adalah berdasarkan kiraan berapa hari yang diperlukan oleh bengkel untuk membaiki kereta dan tempoh itu didarabkan dengan CC (kapasiti enjin) kenderaan... macam kereta saya 2500cc jadi lebih kurang RM50 sehari untuk tuntutan.

"Dalam tempoh 98 hari tu kena tolak cuti umum, Sabtu Ahad dan masa menunggu spare part jadinya dapat total dalam RM50++ hari," jelas memperincikan situasi tuntutan yang dilakukan.

Fatiha turut mempersoalkan ketulusan pihak insurans terbabit.

Fatiha turut mempersoalkan ketulusan pihak insurans terbabit.

Bagaimanapun, ujarnya, mesej balas yang diterima daripada pihak insurans amat mendukacitakan selain mendapati ketidakadilan di dalam pengurusan berkenaan.

Katanya, ia berikutan hanya RM1,000 sahaja yang diluluskan daripada jumlah tuntutan yang dibuat.

"Di sini ketidakadilan bermula... tiba-tiba dapat surat jawapan daripada pihak insurans yang menyatakan tuntutan diluluskan adalah kurang daripada RM1,000. Mungkin disebabkan faktor penuaan saya malas nak bertekak, saya pun hantar emel balas dengan mengatakan 'saya request justification berserta garis panduan daripada Bank Negara kenapa RM1,000 sahaja diluluskan'.

Antara reaksi netizen berhubung insurans.

Antara reaksi netizen berhubung insurans.

"Dia balas 'kita periksa secara keseluruhan sebenarnya masa yang diperlukan untuk baiki kereta hanya 76 jam'," ujarnya yang terkedu dengan maklum balas yang diterima itu.

Ekoran itu, Fatiha yang juga seorang doktor menyatakan, selepas diminta membuat perkiraan semula, pihak terlibat memaklumkan bahawa tempoh jam yang dimaklumkan diambil daripada 'pelaras' dan ia dilakukan atas arahan majikan.

Beberapa minit kemudian, mereka balas surat yang dikemukakan dan menyatakan tuntutan yang dibuat ditambah lagi 14 hari, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 28 hari.

FATIHA ZIQRA

Tambahnya, disebabkan enggan bertengkar, dia menulis surat bagi menyurakan rasa tidak puas hati mengenai jumlah pampasan yang diterima kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Malah, dia turut meminta pihak terbabit mengemukakan garis panduan tentang pengiraan bagi tempoh jam baiki kereta seperti amalan yang dilakukan.

"Beberapa minit kemudian, mereka balas surat yang dikemukakan dan menyatakan tuntutan yang dibuat ditambah lagi 14 hari, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 28 hari. Paling sakit hati, bila naik 28 hari, ejen insuran menyatakan dia tidak boleh ulas kes tersebut.

"Disebabkan enggan melayan kerenah pihak tersebut, saya teruskan dengan surat rayuan kedua dan kali ini saya menyatakan tidak puas hati dengan tempoh 28 hari yang diberikan. Apa yang mengejutkan adalah ejen balas 'kalau boleh jangan libatkan bank negara, pengalaman saya susah kita bila libatkan bank negara ni'.

Netizen juga meminta Fatiha berkongsikan kaedah untuk membuat tuntutan kepada Bank Negara.

Netizen juga meminta Fatiha berkongsikan kaedah untuk membuat tuntutan kepada Bank Negara.

"Dia juga tanya sama ada saya ada hantar salinan ke Bank Negara dan jika tidak, saya tidak dibenarkan hantar supaya mereka boleh semak tuntutan yang dibuat. Mereka cakap, kalau boleh bagi pampasan penuh, saya tidak perlu libatkan Bank Negara," katanya.

Dia juga tidak menyangka bahawa dalam tempoh beberapa minit, dia akan menerima mesej yang mengatakan pampasannya diluluskan seperti jumlah yang dituntut malah bayaran dimasukkan ke akaun bank selepas dua hari.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mengetahui hak masing-masing dan tidak gentar jika perlu mempertahankannya.

Kisahnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen berikutan hampir 1,000 perkongsian dibuat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain