suria

Tanggung beban akibat rakan onar! Rumah terbakar saat nak mula bisnes Ramadan, rantai tangan pula didakwa palsu... mujur salah faham

Gadaian adalah usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas semua barangnya musnah dalam kebakaran.

SETIAP perniagaan pasti ada pasang surutnya.

Begitulah yang dihadapi pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan berasaskan pengangkutan sejak 14 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita diuji ketika buat bisnes tampung kos rawatan ibu... ejen batal tempahan, stok sampai hampir semuanya remuk

ARTIKEL BERKAITAN: Saat bisnes baru bertapak, kaki kiri dipotong akibat dilanggar lori 3 tan... OKU diduga anak derita tumor, ayah kanser usus tahap 4!

Menurut Nur Anisha Idayu Sahidan, 32, bisnes yang diusahakan bersama suaminya mengalami masalah kerana ditipu mekanik.

Bercerita kepada mStar, ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu, dia tidak menyangka akan berhadapan situasi berkenaan kerana bengkel tersebut sering dikunjungi apabila kenderaannya rosak.

"Sebelum mulakan perniagaan, saya dan suami hanya bawa lori. Masa tu baru bernikah, selepas saya mengandung... saya terpaksa berhenti.

"Jadi kami buat keputusan untuk mulakan perniagaan pengangkutan ni. Awal-awal dulu hanya ada lori kecil sahaja untuk digunakan.

"Disebabkan situasi semasa, saya dan suami sangat struggle sehinggalah mampu membeli beberapa lori besar, dapatlah majukan bisnes sikit ni.

"Tak sangka selepas berkembang, bisnes diduga pula. Lori yang ada asyik rosak kerana ditipu mekanik... habis keluar duit untuk baiki tapi tiada barang gantian ditukar dalam enjin lori," ujarnya yang tinggal di Batu 5, Kuala Perlis di Perlis.

Ayu bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Ayu bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Lebih menyedihkan apabila, kawan yang dipercayai membuat onar sehingga menyebabkan salah sebuah lorinya disita penguatkuasa Kastam.

"Tak sangka kawan akan sewa lori saya untuk seludup mercun. Apabila kena tangkap, lori tersebut disita.

"Rakan melepaskan diri begitu saja dan akhirnya saya terpaksa menanggung hutang bank," rintihnya sedih.

Namun, kesusahan yang dialami tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha membangunkan perniagaan yang hampir musnah.

Katanya yang lebih mesra dipanggil Ayu, disebabkan kesukaran yang dialami dan tidak dapat membuat pusingan modal, dia mengusahakan jualan buah tembikai pula.

Kedai jual tembikai yang dibukanya dengan bermodalkan RM500.

Kedai jual tembikai yang dibukanya dengan bermodalkan RM500.

Ceritanya, perniagaan buah-buahan itu dilakukan pada awal 2020 sebelum wabak Covid-19 menyerang Malaysia sehingga mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Masa mulakan jualan buah tembikai, saya mengeluarkan modal sebanyak RM500 hasil jualan telefon sebab akaun saya memang kosong kerana perlu menanggung hutang bank.

"Disebabkan Covid-19 saya terpaksa berhenti seketika dan dalam tahun yang sama juga, rumah serta motosikal suami pula hangus terbakar. Semasa kejadian, saya sedang menjual tembikai di gerai yang terletak berhadapan rumah.

"Kebakaran yang berlaku menyebabkan saya tinggal sehelai sepinggang. Sekarang baru dapat memulakannya semula," jelasnya yang tetap berusaha untuk mengembang dan mengukuhkan perniagaan.

Disebabkan perkhabaran yang mengecewakan itu, saya pergi ke kedai emas berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Selepas itu, saya pergi ke satu lagi institusi pajakan berlandaskan Islam, namun sekali lagi hampa kerana mereka tidak dapat ambil dengan amaun gadaian... katanya kewangan tidak mencukupi.

NUR ANISHA IDAYU

Oleh itu dia memasang hasrat untuk menjual hidangan ikan bakar pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun, di saat dia cuba bangkit, dugaan lain pula datang sekali gus memberinya tekanan.

Mana tidaknya, barang kemas yang dibeli dari sebuah kedai popular di utara dilabel sebagai emas palsu.

"Saya nak gadai rantai tangan saya untuk buat modal perniagaan ikan bakar tapi malangnya agensi pajak gadai yang saya pergi menyatakan emas tersebut palsu... masa tu dia buat ujian magnetik dan rantai tangan saya melekat sedikit.

"Disebabkan perkhabaran yang mengecewakan itu, saya pergi ke kedai emas berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Selepas itu, saya pergi ke satu lagi institusi pajakan berlandaskan Islam, namun sekali lagi hampa kerana mereka tidak dapat ambil dengan amaun gadaian... katanya kewangan tidak mencukupi.

Antara reaksi negatif netizen terhadapnya.

Antara reaksi negatif netizen terhadapnya.

"Masa ni memang sangat-sangat tertekan dan saya terus ke bank yang menyediakan perkhidmatan gadaian. Mulanya saya minta mereka periksa rantai tangan tersebut dan alhahmdulillah memang gred emas 916, jadi saya terus buat gadaian di situ," jelasnya.

Tambahnya, hasil gadaian itu akan digunakan untuk membayar tapak bazar dan membeli perkakas yang diperlukan untuk berniaga.

Terdahulu, perkongsian video TikTok rantai tangannya yang didakwa sebagai palsu di sebuah agensi gadaian menjadi tular di media sosial sehingga ditonton lebih 3.4 juta pelayar selain menerima lebih 90,000 tanda suka.

Bagaimanapun dia dikritik netizen kerana disangka cuba menjatuhkan agensi pajakan tersebut walhal dia meluahkan rasa sedih kerana hasil gadaian ingin digunakan sebagai modal berniaga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain