suria

Tak mahu rumahtangga bermasalah seperti ibu, wanita sanggup berhias dan miliki lingerie... akhirnya ditinggalkan jua

Hantaran pemilik akaun yang dikenali sebagai Caterin mencetuskan perdebatan tentang isu penceraian.

BARU-BARU ini persoalan tentang perceraian dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berikutan kadar yang direkodkan di negeri itu bagi tahun 2021 adalah tinggi iaitu 6,299.

Malah dilaporkan, Mahkamah Syariah negeri memutuskan bahawa antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes berkenaan adalah disebabkan kepadatan penduduk dan cabaran persekitaran yang dihadapi di sekitar Lembah Klang termasuk masalah kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tunggal tabah besarkan 3 anak! Baru sedar wanita ada superpower, mahu undur masa sebab rasa tak cukup menyayang, bantu arwah isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perjanjian ‘kita kurus baru kahwin’ demi busana idaman, hanya GF berjaya kurus dalam sebulan! Pakwe disindir tak sama-sama berkorban

Namun, sejak azali lagi, apabila isu perceraian diketengahkan di media sosial, kaum wanita pastinya akan dipersalahkan 100 peratus kerana dikatakan tidak pandai berdandan mahupun melayan suami.

Bagaimanapun, pemilik akaun @hildaumairah mendedahkan perkara sebaliknya berlaku dalam rumahtangganya dan ibu tercinta.

"Dulu, bila abah berkahwin lagi, jiran-jiran salahkan mak. Mereka cakap sebab mak tak hias diri dan buat kerja rumah sampai basah baju-baju," ciapnya di Twitter pada Jumaat.

Menurutnya lagi, disebabkan tidak mahu menerima nasib yang sama seperti ibu, dia sentiasa menjaga penampilan di hadapan suami termasuk mempunyai lingerie (pakaian dalam wanita seksi dan aneka fesyen) yang pelbagai warna sebagai usaha memenangi hati suami.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menjaga kebahagiaan rumah tangga.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menjaga kebahagiaan rumah tangga.

"Bila aku kahwin... aku tak mahu perkara yang sama berulang. Aku tak ada baju kelawar, aku berhias untuk suami. Aku juga ada lingerie yang pelbagai warna dan bekas suami aku cari lain juga.

"Dulu aku ingat segala usaha aku untuk kesenangan hari tua kita. Aku tak terfikir segala penat lelah aku bekerja keras untuk senangkan bekas suami dan bini baru.

"Tapi aku nak pesan, setiap satu sen yang hak aku... tak halal untuk mereka bersenang-lenang atas kesusahan aku," ujarnya membalas hantaran Twitter seorang pemilik akaun @santeira 'Lingerie. Not a lelaki hensem gatal though'.

Disebabkan kisah hidupnya yang berakhir dengan penceraian walaupun telah berusaha mengubah 'tabu' seorang isteri, kenyataan yang dibuatnya itu menjadi tular dan dibincangkan warganet.

Kecantikan bukanlah segala-galanya dalam menjamin hubungan.

Kecantikan bukanlah segala-galanya dalam menjamin hubungan.

Salah seorang pelayar Twitter memaklumkan dia turut berdepan situasi sama seperti @hildaumairah.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka bahawa bekas suami akan memilih 'budak rempit' berbanding dirinya yang sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah.

"I berhias juga, warnakan rambut dan pakai seluar pendek kat rumah tapi bila keluar berkelubung... tutup aurat.

Netizen merasakan sikap seseorang individu yang menjadi punca keretakan rumahtangga.

Netizen merasakan sikap seseorang individu yang menjadi punca keretakan rumahtangga.

"I berwangian sentiasa dan melayani suami seolah-olah dia hanya milik saya seorang selama-lamanya. Tapi akhirnya, dia memilih perempuan S****l," katanya.

Berkongsi pandangan sebagai seorang lelaki, pemilik akaun @ai_azman memberitahu, berdasarkan pengalamannya jika seseorang berbuat baik setinggi gunung namun pasangannya sudah berubah hati maka segala kebaikan tersebut tidak akan kelihatan.

"Buat la baik setinggi gunung pun kalau hati sudah berubah segalanya tidak nampak, yang baik semuanya buruk dan yang betul ada saja salahnya," ciapnya ringkas.

Tiga benda lelaki mahu. Pertama sekali adalah hormat kemudia menjaga makan dan batin dia. Ketiga adalah mendengar penjelasan setiap kali dia cuba memberitahu... nombor satu dan tiga ni paling ramai perempuan tidak buat.

NETIZEN

Bagi pemilik akaun @zachkry pula, dia menyimpulkan bahawa kecantikan dan seksi bukan perkara utama untuk mengukuhkan hubungan suami isteri.

Bagaimanapun, seorang pelayar Twitter meninggal komen yang menyatakan tiga perkara yang diimpikan kaum Adam.

Jelasnya, perkara utama yang diperlukan adalah menghormati suami dan mendengar setiap penjelasan yang cuba diberikan.

"Tiga benda lelaki mahu. Pertama sekali adalah hormat kemudian menjaga makan dan batin dia. Ketiga adalah mendengar penjelasan setiap kali dia cuba memberitahu... nombor satu dan tiga ni paling ramai perempuan tidak buat," katanya.

Seorang warganet mengaitkannya dengan agama.

Seorang warganet mengaitkannya dengan agama.

Tidak kurang juga yang mengaitkan kisah @hildaumairah dengan Puteri Diana yang ditinggalkan suami walaupun cantik.

Malah katanya, kebanyakan lelaki lebih gemar mengikut nafsu selain lemah dengan pujukan syaitan.

"Sebenarnya mereka yang kekurangan, sebab itu mereka bersembunyi di sebalik kecurangan," tambahnya.

Bagi mereka yang masih belum melayari bahtera rumahtangga, kenyataan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang untuk berkahwin.

Terdahulu, isu berkenaan penceraian timbul selepas seorang pemilik akaun yang dikenali Carmen memutnaik status 'antara lingerie dan baju kelawar mana pilihan anda wahai lelaki handsome gatal?'

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain