suria

Gaji minimum RM1,500 disambut baik, tapi ramai mula fikir bermacam kemungkinan terutama barang naik harga

Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan jika harga barang naik.

"BERMULA kenaikan harga barang," itu antara respons utama masyarakat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan gaji minimum pada Sabtu.

Kebanyakan netizen menyifatkan, kelompok peniaga termasuk pemilik taska akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang secara membuta tuli, begitu juga kadar yuran kanak-kanak bawah enam tahun.

Namun ada juga yang menarik nafas lega terutama golongan bujang yang tinggal di kawasan bandar.

ARTIKEL BERKAITAN: RM50 paling minima, permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 1 April

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jurutera kena reject temuduga kerja di Amerika, dakwa kes rasuah Malaysia jadi punca... tapi ramai tak percaya, anggap bikin cerita

Malah salah seorang netizen menyifatkan pengumuman tersebut sebagai berita buruk.

"Bad news kot... harga barang mesti akan naik kaw kaw seiring dengan kenaikan tangga gaji minumum. Rata-rata pekerja pengilangan, gaji asas adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,300 manakala level eksekutif pula bermula daripada RM1,500 ke RM1,800... kalau naik gaji minimum RM1,500?

"Ingat syarikat nak naikkan gaji pekerja sahaja kalau dia tak naikkan harga barangnya sekali walaupun syarikat itu mampu melaksanakan seruan kerajaan," ajunya di laman Twitter.

Pandangannya itu mendapat perhatian seorang lagi warganet yang menyatakan, kenaikan tersebut bagai tiada kesudahan kerana gaji pekerja pastinya tidak akan mencukupi jika harga barang dinaikkan lagi.

Guru dan pekerja tadika berharap gaji mereka dapat dinaikkan juga.

Guru dan pekerja tadika berharap gaji mereka dapat dinaikkan juga.

Seorang lagi pelayar Twitter memberi ucapan tahniah dalam nada sinis kerana berpandangan harga barang dan makanan akan dinaikkan juga.

"Tahniah! Kita akan lihat bagaimana harga barang dan makanan dinaikkan juga," ciapnya.

Kata salah seorang pengguna media sosial, semasa harga gaji minimum ditetapkan kepada RM1,200, harga makanan sudah dinaikkan sehingga tidak terkawal, malah dia menjangkakan perkara sama berlaku susulan pengumuman perdana menteri itu.

Bagaimanapun, seorang lagi pengguna tampil dengan pandangan berbeza di ruangan berkenaan kerana dia merasakan syarikat akan mula membuang pekerja.

"Apabila gaji minimum meningkat, maka kos operasi syarikat akan meningkat.

"Cara malas, syarikat boleh kurangkan pekerja manakala cara lain adalah syarikat tingkatkan produktiviti setara atau selebih dari kos operasi yang terpaksa ditambah selepas gaji minimum dinaikkan," jelasnya.

Pendapatnya juga disokong oleh pemilik akaun @adiruzaini yang menyatakan syarikat akan mula mengupah vendor luar dan membuat bayaran mengikut projek bagi menjimatkan kos operasi.

Dah masuk 2022, gaji asas masih RM1,100. Nak-nak yang ada diploma dan ijazah dalam pendidikan, itu tak termasuk mereka yang mempunyai pengalaman.

GURU TADIKA

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pula, perkara yang paling dibimbangi adalah kenaikan yuran sekolah dan taska anak-anak mereka.

Malah pemilik akaun Mus Sudin Mikael menyatakan dia rasa berdebar selepas pengumuman pada lewat petang Sabtu kerana berkemungkinan pihak pengurusan taska akan mengambil kesempatan dengan menaikkan yuran berkali ganda.

Pada masa sama, guru tadika meminta supaya pihak majikan yang juga pemilik premis pendidikan awal kanak-kanak akan menaikkan gaji pekerja mereka.

"Dah masuk 2022, gaji asas masih RM1,100. Nak-nak yang ada diploma dan ijazah dalam pendidikan, itu tak termasuk mereka yang mempunyai pengalaman.

"Kami bukan taraf SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kerana mereka yang berpendidikan hanya di peringkat sekolah menengah boleh mendapat gaji lebih tinggi jika bekerja di kompleks beli-belah," rintihnya.

Salah seorang netizen menyatakan syarikat berkemungkinan buang pekerja.

Salah seorang netizen menyatakan syarikat berkemungkinan buang pekerja.

Kata-katanya turut dipersetujui seorang lagi pelayar Twitter yang menggunakan akaun @nrtkhabdrhmn.

"Betul tu, jangan kata RM1,100... gaji asas RM900 pun masih ada lagi, sama sahaja dengan yang tiada pengalaman atau level pendidikan menengah. Tolonglah kita ni jaga anak orang bukan setakat jaga begitu sahaja," luahnya sedih.

Terdahulu, Ismail Sabri menyatakan, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara kecuali perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana menteri menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu kepada syarikat, perusahaan kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar RM1,500 kepada pekerja mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain