suria

Gadis rasa leceh tangan dan kaki asyik basah sebab peluh! Orang lain tengok rasa geli, nasib baik dapat pakwe memahami

Kekasih gadis ini sanggup pergi ke kereta untuk mengambil tisu bagi mengelap tangannya yang berpeluh.

TAPAK tangan dan kaki berpeluh biasanya berlaku ketika tubuh kita sedang berada dalam keadaan tertekan, mengalami gangguan emosi atau selepas bersenam.

Bagaimanapun, terdapat individu yang berpeluh di bahagian itu secara berlebihan meskipun tidak melakukan aktiviti berat atau tidak berada dalam keadaan tertekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan dan kaki sering berpeluh tanpa sebab? Ini mungkin penyebabnya

ARTIKEL BERKAITAN: Anxiety, jangan buat main! Siswi kongsi simptom... jantung berdegup laju, menggigil sampai berpeluh - “Masuk kelas orang lain tulis nota, buku saya penuh istighfar"

Begitulah keadaan Nur Aina Suhaili Sulaiman, apabila kedua-dua belah tapak tangannya sentiasa mengeluarkan peluh menyebabkan dirinya berasa kurang selesa.

Menurutnya yang mesra disapa Lily, masalah yang dihadapi sejak zaman sekolah ini dikenali sebagai hiperhidrosis.

“Dari zaman sekolah rendah lagi saya ada masalah tangan cepat berpeluh ni. Biasanya terjadi kalau nak menulis atau buat kerja sekolah.

“Tahap berpeluh tu memang tak boleh bawa bincang sampai kena letak sapu tangan. Kalau tak lapik memang comot habis satu buku sekolah.

“Bila berpeluh, semua benda pegang akan jadi licin, jadi setiap masa kena bawa sapu tangan. Kalau saya terlupa memang menggelabah nak cari tisu,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut gadis berusia 21 tahun ini, tangannya tetap berpeluh walaupun berada dalam suasana sejuk seperti di bilik atau ruang yang memiliki pendingin hawa.

Lily yang menjual produk penjagaan kulit secara online ini berkata, dia pernah berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.



Lily takut untuk membuat pembedahan.

Namun setelah mendengar jawapan dan saranan doktor, gadis yang tinggal di Segamat, Johor ini, memutuskan untuk tidak menerima cadangan itu.

“Saya tak berpeluh tangan dan kaki 24 jam. Cuma kalau jumpa orang yang tak kenal, atau kena berdepan dengan orang ramai barulah basah kaki dan tangan saya. Rasa leceh juga bila ada masalah macam ni.

Sampai satu tahap tu saya pergi jumpa doktor pakar nak tanya pasal masalah berpeluh ni sebab rasa leceh juga bila dekat bank nak scan ibu jari memang mesin tu tak boleh detect.

LILY

“Kadang rasa down juga sebab pernahlah sebelum ni ada orang cakap dekat depan muka saya Gelilah dengan kau ni! Tangan selalu basah.

“Sampai satu tahap tu saya pergi jumpa doktor pakar nak tanya pasal masalah berpeluh ni sebab rasa leceh juga bila dekat bank nak scan ibu jari memang mesin tu tak boleh detect. Tapi bila doktor cakap kena buat pembedahan terus tak jadi nak rawat sebab saya takut,” jelas Lily.

Bercerita lanjut mengenai video mengenai tangannya yang berpeluh sehingga kekasih terpaksa mengambil tisu dalam kereta, posting itu telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa simpati mereka melihat nasib gadis ini tapi ramai juga yang bertanyakan mengenai masalah yang dihadapinya.



Masalah tangan berpeluh ini membuatkan Lily kurang yakin untuk berdepan dengan khalayak.

“Dulu masa mula-mula sedar pasal ni takut juga sebab ingatkan saya seorang je kena macam ni. Sampai tahap nak bersalam dengan orang pun rasa segan.

“Tapi tak sangka bila post dekat media sosial rupanya ramai lagi yang mengalami nasib sama. So saya dah tak rasa kurang keyakinan diri dan selesa berdepan dengan orang lain serta tak rasa tak keseorangan dah,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain