suria

Faham lirik, bertelekung nyanyi lagu popular kes kematian Tangmo Nida... peminat K-Pop ini takut video raih jutaan views

Qayra menghayati lirik yang digunakan sebagai lagu latar untuk kes kematian Tangmo Nida.

KES kematian Tangmo Nida masih menjadi bualan masyarakat kita sehingga hari ini.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia turut merasai kesedihan atas kematiannya yang cukup tragis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai marah ibu Tangmo Nida sanggup maafkan 2 suspek selepas terima RM3.8 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: Upacara memperingati kematian Tangmo Nida diadakan selama 3 hari... Ibu mohon bedah siasat semula

Dalam pada itu, tular satu video nyanyian lagu I Want To Love You Back dendangan asal bintang antarabangsa, Bella Raiwin, yang kini lebih dikenali dengan ‘lagu Tangmo’ kerana ia banyak digunakan sebagai lagu latar kisah kematiannya di media sosial.

Menurut Atika Azera, video nyanyian semula itu telah dinyanyikan olehnya dan dimuatnaik atas permintaan salah seorang daripada pengikut di TikTok.

Malah, menurutnya yang mesra disapa Qayra, ini merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu Thailand.

"Sebenarnya ni first time saya nyanyi lagu Thailand. Saya tak pandai pun sebab tak ada darah campuran Thai pun tapi saya selalu buat buat cover lagu dekat TikTok.

“Biasanya saya cover lagu Korea je sebab saya memang minat belajar bahasa Korea tapi ada antara followers minta saya nyanyi lagu Thailand yang ada dalam video mendiang Tangmo tu.



Qayra akui ini merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu Thailand.

“Jadi saya cari lirik, belajar sebutan perkataan bagi betul dan rakam. Tak sangka pula video tu boleh viral dan dapat sambutan dari orang Thailand sendiri,” jelas gadis berusia 25 tahun ini.

Bercerita lanjut, idea untuk membuat content menyanyikan lagu-lagu Korea tercetus apabila dia semenangnya telah meminati K-Pop sejak lebih 10 tahun.

Lagu tu saya pilih sebab lirik dia. Lepas saya baca translation sebelum saya nak nyanyi tu, memang saya rasa macam lagu ni memang ada kaitan dengan kes Tangmo.

QAYRA

Bagaimapun, ujar anak jati Johor ini, dia sendiri terkejut dan pada masa yang sama berasa takut setelah melihat respons daripada warganet terhadap video lagu Tangmo yang dinyanyikannya.

Biarpun dilempar dengan kata-kata kurang menyenangkan, Qayra enggan berputus asa dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk terus maju.

“Saya minat K-pop sejak 10 tahun lepas. Paling saya minat kumpulan Korea BTS masa tahun 2013 sehingga 2014, saya banyak tengok dekat Youtube. Saya tengok coverist masih belum ramai. Jadi masa tu datang idea why not saya buat? Mula dari situ saya buat cover dekat platform YouTube. Tapi bila TikTok pula famous, so saya pun mula buat cover dekat sana pula guna lagu BTS.

“Saya post video lagu Tangmo tu dua hari lepas. Dalam masa setengah jam, video tu dah dapat hampir 10,000 views. Malam tu juga video tu dah dapat 1 juta views. Sejujurnya saya takut, terkejut, semua ada sebab saya record dan upload video tu dalam keadaan tak expect apa-apa. Lepas solat terus je record dalam keadaan pakai telekung lagi.

“Tapi dekat bahagian komen macam biasalah, ramai yang puji dan ramai juga yang kecam. Tapi orang kata buang yang keruh, ambil yang jernih jadi saya abaikan je komen yang tak sedap didengar tu,” jelasnya.



Qayra dan rakannya pernah dijemput oleh restoran makanan Korea, Myeondong Topokki di Kuala Lumpur untuk buat persembahan.

Mengenai minatnya dalam bidang nyanyian, dia tidak terfikir untuk menjadikannya sebagai profesion tetapi sekadar hobi malah dia juga tidak pernah menghadiri mana-mana kelas vokal sebelum ini.

Tetapi menurut gadis ini, dia pernah menerima satu tawaran untuk melakukan satu persembahan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

“Saya tak ada belajar menyanyi dekat mana-mana. Lagipun menyanyi tu hobi je bukan profesion saya jadi memang tak ada ambil kelas vokal pun sebab nyanyi untuk suka-suka je.

“Tapi antara biggest achievement dalam minat saya ni, dulu ada restoran makanan korea Myeondong Topokki pernah jemput saya dan kawan untuk buat persembahan dekat event mereka. Saya sanggup datang dari Johor ke Kuala Lumpur masa tu,” jelasnya yang bersedia menerima jika ada tawaran lain selepas ini.

Mengenai 'lagu Tangmo' yang dinyanyikan, Qayra turut menyatakan bahawa ada kisah yang membuatkan dia memilih untuk cover lagu itu.

Baginya, sebagai seorang insan yang setiap hari mengambil tahu perkembangan kes kematian Tangmo, pastinya dia mengharapkan keadilan buat gadis malang itu.

“Lagu tu saya pilih sebab lirik dia. Lepas saya baca translation sebelum saya nak nyanyi tu, memang saya rasa macam lagu ni memang ada kaitan dengan kes Tangmo.



Gadis ini turut menjelaskan bahawa dia bersedia menerima jika ada tawaran dalam bidang nyanyian selepas ini.

“Lagipun lepas dapat tahu pasal Tangmo tu memang tiap-tiap hari saya follow kes tu. Saya buka TikTok untuk baca update.

“Walaupun dia bukan family kita sekali pun, sebagai seorang manusia, tipulah kalau tak ada rasa apa-apa. Saya macam orang lain juga yang cuma mahukan keadilan untuk Tangmo,” luah Qayra menutupi ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain