suria

Gadis ini ‘makan’ penampar housemate! Terganggu sebab masak jam 5 pagi jadi punca, video CCTV tular di FB

Rakaman CCTV yang kini tular di Facebook.

BAGI mereka yang tinggal di rumah sewa, toleransi menjadi kunci utama untuk menjalani hari-hari dengan penuh harmoni.

Namun, lain pula cerita gadis berbangsa Cina ini yang mendakwa dikasari rakan serumahnya gara-gara memasak seawal jam 5 pagi.

Menerusi kenyataan panjang lebar di Facebook, gadis itu berkata, dia menetap di rumah tersebut bersama seorang penyewa wanita di bahagian bawah dan dua lagi penyewa lelaki di tingkat atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah disewakan kepada pasangan warga emas jadi tong sampah, tapi pemiliknya cukup tabah, “OK lagilah dia lari...”

Ketika sedang memasak di bahagian bawah kediaman itu, dia didatangi penyewa wanita berkenaan yang bertindak kasar atas alasan tidurnya terganggu dek bunyi bising dari dapur.

"Saya merancang pergi hiking dengan kawan-kawan jadi saya ke dapur untuk sediakan makanan pada pukul 5 pagi. Namun, tak sampai 10 minit di dapur, rakan serumah saya yang menyewa di tingkat bawah keluar dari bilik dan menampar muka saya.

"Alasannya, saya buat dia tersedar. Dia turut menjerit ke arah saya dengan bahasa kasar dan mempersoalkan kenapa saya tak bawa dapur gas ke ruang tamu untuk memasak.

"Pada waktu itu, saya terkejut kerana menyangka ia kawasan biasa, sesiapa saja boleh guna dan ia kali pertama saya memasak seawal ini. Malah, saya dah buat pengesahan dua kali dengan tuan rumah bahawa tiada larangan untuk guna kawasan itu," ujarnya di Facebook.

sewa3

Mangsa berkongsi foto memaparkan pipinya yang merah, dipercayai akibat ditampar.

Dalam posting sama, dia mengakui sudah membuat laporan polis, namun rakan serumahnya menggunakan alasan dia mempunyai masalah anxiety.

Biarpun sudah memohon maaf, pengadu menyifatkan penyewa itu langsung tidak ikhlas dan telah bertindak seperti orang tidak bertamadun.

Ia permohonan maaf paling tak ikhlas pernah saya jumpa. Akhirnya, saya berundur kerana rasa membazir masa bercakap dengan orang tak bertamadun.

PENGADU

"Saya cakap kepadanya, saya nak buat laporan polis dan dia kata dia boleh terlepas dengan memasang peguam dan saman saya, kerana dia ada anxiety. Jadi, jika penyewa lapar tengah malam dan memasak, adakah dia boleh ditampar penyewa yang tinggal di tingkat bawah?

"Maka, saya buat keputusan untuk lapor pada polis. Dia datang ke balai dan bawa pil tidak berlabel, mengatakan ia pil anxiety. Bila sarjan tanya kalau dia ada kad untuk mengesahkan dia ada masalah mental, dia kata dia alami anxiety ringan dan tiada kad untuk mengesahkan masalah mentalnya.

"Walau apa yang berlaku, seseorang individu tak boleh sesuka hati tampar orang dan tutup ia dengan alasan anxiety ringan. Polis minta dia minta maaf, jadi dia dah minta maaf sambil berkata 'saya sanggup minta maaf tapi untuk mengakui permohonan maaf saya, itu cerita lain... ya saya salah tapi dia tak bertimbang rasa langsung.'

sewa2

Netizen turut mengecam tindakan kasar penyewa tersebut.

"Sejujurnya, saya rasa ia permohonan maaf paling tak ikhlas pernah saya jumpa. Akhirnya, saya berundur kerana rasa membazir masa bercakap dengan orang tak bertamadun," cerita gadis itu panjang lebar.

Tambahnya, dia sukar percaya kes begitu masih berlaku dalam dunia moden hari ini.

Dakwa gadis itu, dia juga sudah memaklumkan pada malam sebelum kejadian bahawa dia akan menggunakan dapur untuk memasak esoknya.

"Ini kali pertama saya masak jam 5 pagi dan dia pilih untuk duduk dalam bilik depan dapur sejak awal lagi. Sekarang saya masih duduk di rumah sama kerana ini bulan terakhir saya menyewa.

"Saya masih takut, sekiranya dia mencederakan saya. Jika ada cerita lagi, saya tak akan layan lagi. Benar-benar hari paling teruk dalam hidup saya," ujarnya.

Dalam posting yang dikongsi semula lebih 9,400 pelayar Facebook itu, dia turut menyertakan bukti rakaman CCTV kejadian berkenaan.

Malah, dia turut berkongsi sekeping foto, memaparkan pipinya yang merah gara-gara ditampar.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan rakan serumahnya yang dianggap biadab dan tidak wajar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain