suria

Bukan free gift, tapi ‘sampah’ bersisik 1.5 meter! Gadis cemas jumpa kulit ular dalam kotak gaming chair dibeli online... peniaga sila ambil perhatian

Kotak 'gaming chair' yang dibeli Eykin turut mengandungi kulit ular.

SIAPA yang tidak teruja apabila barang yang dibeli secara dalam talian, dihantar bersama 'hadiah percuma' (free gift).

Namun, ibarat mimpi ngeri bagi seorang gadis kerana hadiah percuma itu merupakan selonggok kulit ular, yang ditemuinya di dalam kotak barang yang dibeli.

Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Nurul Asikin Othman berkata, dia membeli kerusi permainan atau gaming chair menerusi platform beli-belah dalam talian, 25 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan 'free gift' ada seluar dalam 'opah', kaki shopping online tak jadi nak teruja - "Ada ke orang nak beli?"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami-isteri ketakutan lihat kulit ular bawah katil bayi

Lebih mesra disapa Eykin, katanya, barang yang ditempah itu daripada peniaga di Cheras, di ibu negara hanya diterimanya lima hari kemudian iaitu pada 1 Mac lalu.

"Saya beli gaming chair tu bagi menggantikan kerusi untuk meja mekap di rumah. Saya tengok kat online macam cantik je, itu yang saya beli.

"Pada hari kotak tu sampai, saya dapat call dan ditanya barang tu nak hantar ke rumah atau tempat kerja. Saya cakap hantar ke tempat kerja sebab tiada orang di rumah masa tu," kata gadis berusia 25 tahun itu ketika dihubungi.

kulit ular 4

Gaming chair yang dibeli Eykin.

Eykin yang bekerja di Kluang, Johor berkata, dia menyedari terdapat kesan koyak seperti berlubang di bahagian bucu kotak barangan sewaktu hendak menyimpannya di dalam kereta.

"Saya anggap koyak tu mungkin sebab kotak tertindih dengan barang-barang lain. Bila balik ke rumah di sebelah petang, saya tak ingat ada kotak di tempat duduk belakang kereta," ujarnya yang berasal dari Simpang Renggam.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia hanya menyedari kotak yang di dalam kereta pada sebelah malam dan membukanya satu persatu dari dalam kotak, di bilik.

"Saya perasan ada sampah. Mulanya ingat sampah atau bubble wrap yang terbuka dari balutan kerusi. Tapi sebenarnya tak, rupa-rupanya benda yang saya pegang dan sangka sampah tu adalah kulit ular.

"Saya campak balik kulit ular tu dalam kotak, nak jerit pun tak boleh. Saya terus berlari ke bilik tidur mak, beritahu ada kulit ular dalam bilik sampai semua panik," katanya sambil menambah kulit ular yang bersisik itu sepanjang kira-kira 1.5 meter.

kulit ular 3

Eykin berkongsi detik cemas menemui kulit ular.

Eykin berkata, kotak tersebut dibawa keluar ke ruang tamu untuk diperiksa oleh bapanya menggunakan sebatang kayu.

"Yelah, takut kalau tiba-tiba ular tu keluar. Dalam fikiran nak panggil bomba je, tapi alhamdulillah ayah dah check dan tak ada ular dalam kotak.

Saya nak tidur pun tak lena sebab takut ada ular dalam bilik.

NURUL ASIKIN OTHMAN

"Sampaikan saya pergi check dalam kereta, mujur tak ada ular. Ayah kemudian bakar kotak dan kulit ular tersebut.

"Ular tu binatang berbisa kan, takut ia keluar kat mana-mana. Ada dalam bilik tidur saya ke. Saya nak tidur pun tak lena sebab takut ada ular dalam bilik," tambahnya.

kulit ular 5

Eykin menulis 'review' mengenai penemuan kulit ular.

Mengakui masih terkejut, Eykin yang bekerja sebagai peniaga buah-buahan bagaimanapun tidak serik untuk membuat pembelian secara dalam talian, sebaliknya akan lebih berhati-hati setiap kali membuka kotak atau bungkusan barang yang dihantar.

"Jangan main pegang je tanpa tengok-tengok. Saya tak contact seller tu, cuma saya buat review maklumkan kepada pembeli barang tu supaya berhati-hati.

"Kepada peniaga, tolong check dulu barang tu sebelum pos. Kalau kotak tu koyak, gantikan dengan yang lain. Takut ada binatang tumpang dalam tu, jadi rosak barang nanti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain