suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami-isteri ketakutan lihat kulit ular bawah katil bayi

Lebih menakutkan, mereka gagal menjejaki haiwan itu untuk diusir keluar.

SEBUT sahaja ular, pasti ramai dalam kalangan kita yang gerun dan takut akan haiwan itu.

Begitu juga dengan pasangan suami-isteri dari Larkfield, Kent, England ini.

Kayleigh Baldwin-Pierce, 23, dan, Bethan, 25, ketakutan selepas menemui kulit ular di bawah katil bayi mereka Khamis lalu.

Lebih menakutkan, mereka gagal menjejaki haiwan itu untuk diusir keluar.

"Ular itu masih belum ditemui. Kami sangat takut.

"Pada malam sebelum ini kami ada dengar seakan-akan ular sedang bergerak," ujar pasangan itu lagi.

Mereka turut mendapatkan bantuan pakar ular untuk menjejaki haiwan itu, namun usaha itu masih belum membuahkan hasil. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup

Artikel Lain