suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin air mata, kediaman hanyut dibawa arus banjir pada hari bahagia

Menurut laporan, paras air sungai di kawasan itu meningkat luar biasa, paling teruk sejak 40 tahun lalu.

MALANG menimpa pasangan pengantin ini apabila diuji dengan bencana alam pada hari mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan.

Menerusi kejadan di Mondrook, New South Wales, Australian, kediaman pasangan itu musnah dihanyutkan air banjir pada 20 Mac.

Lebih malang, haiwan peliharaan mereka turut ditemui mati.

Kisah mengenai pasangan dikenali sebagai Joshua dan Sarah itu diceritakan sendiri oleh adik pengantin lelaki, Lyle Edge.

Kini, satu tabung dalam talian turut disediakan untuk mengutip derma buat mereka.

"Kami sedang mengumpul wang untuk mereka memulakan hidup semula. Sekecil-kecil bantuan pun kami hargai.

"Mereka sepatutnya meraikan hari bahagia tapi terpaksa berduka selepas kehilangan rumah dan haiwan peliharaan," ujar adik pengantin lelaki itu lagi.

Menurut laporan, paras air sungai di kawasan itu meningkat luar biasa, paling teruk sejak 40 tahun lalu.

Biro Meteorologi turut memberi amaran dan mengeluarkan arahan pindah kepada penduduk setempat. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup

Artikel Lain