suria

Bertemu ketika bertugas, anggota tentera tak sampai hati tinggalkan Lucy dan Luna selepas SJR tamat... kini anak Sabah lega boleh lawat selalu

Jarc terjumpa pasangan anjing Lucy dan Luna ketika bertugas di SJR pada Jun lalu.

KASIH bertaut di sekatan jalan raya (SJR).

Begitulah kisahnya mengenai keakraban anggota tentera ini dengan dua ekor anjing yang diberi nama Lucy dan Luna.

Menurut Jarc Steveson Justinus, 29, dia bertugas di SJR Simpang Renggam, Kluang, Johor sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi kisah anjing jalanan berubah manja selepas kaki dirawat, rupa-rupanya ada sebab suka rakam banyak video

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati atasi segala... gadis takut anjing beranikan diri demi Jantan! Bukan hanya beri makan, juga jadi ‘nurse’ balut kaki dengan halia

Berat hati untuk meninggalkan dua ekor anjing itu sejurus berakhirnya SJR pada Oktober lalu, dan akhirnya dia memutuskan untuk membawa Lucy dan Luna untuk ditempatkan di Pusat Jagaan Haiwan Kluang.

"Saya temui anjing itu ketika bertugas di SJR pada Jun lalu. Setiap kali datang kerja, pasti kedua-duanya sambut saya. Turun je kereta, dari jauh dah berlari ke arah saya.

"Ketika SJR berakhir, saya ambil Lucy dan anaknya Luna untuk ditempatkan di sebuah shelter di Kluang. Saya tak boleh jaga di rumah memandangkan saya menetap di kuaters.

"Dalam empat kali seminggu saya akan melawat mereka. Di situ, ada sekitar 2,000 ekor anjing, ada macam-macam jenis," ujarnya yang senang disapa Jarc.

jarc3

Sekitar 2,000 ajing ditempatkan di pusat tersebut.

Menurut pemuda etnik Dusun dari Tambunan, Sabah itu, dia juga sekadar suka-suka berkongsi video keakrabannya dengan dua anjing itu menerusi aplikasi TikTok.

Tanpa disangka-sangka, Jarc meraih hampir 60,000 pengikut dan video dikongsi turut menerima ratusan ribu tontonan.

Ada juga yang contact saya untuk derma biaya rawatan dan makanan untuk anjing-anjing.

JARC

"Saya kongsi video di TikTok untuk mengajak semua orang sama-sama jaga, bantu dan pelihara haiwan.

"Saya terkejut bila viral dan dapat perhatian ramai. Selepas itu, ada juga yang contact saya untuk derma biaya rawatan dan makanan untuk anjing-anjing.

jarc5

Lucy dan Luna sering menyambut Jarc setiap kali dia tiba ke SJR untuk bertugas.

"Selain itu, ada juga yang tanya lokasi itu, tanya untuk adopt anjing dan macam-macam lagi," ujarnya yang sudah enam tahun berkhidmat sebagai anggota tentera darat.

Kata Jarc, dia gembira melihat perkembangan Lucy dan Luna bersama anjing-anjing lain yang ditempatkan di pusat perlindungan tersebut.

Tambah Jarc, Lucy yang ditemui ketika masih kecil kini membesar dengan sihat dalam jagaan pusat perlindungan berkenaan.

jarc2

Jarc sudah enam tahun berkhidmat sebagai tentera.

"Ketika jumpa, Lucy masih kecil dan montel. Saya tengok perkembangan ketika ia masih kecil sampai dah besar.

"Cuma, Lucy yang juga mak Luna kurang sihat sekarang. Mungkin kerana musim hujan. Ketika berada di SJR dulu, saya memang tergerak hati nak ambil sebab dah terbiasa dengan kedua-duanya.

"Apa-apapun, saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan semua. Paling penting, kita kena sentiasa buat baik kepada haiwan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain