suria

Ambil masa hampir 12 jam nak siap, abang terkejut si adik ‘ngap’ kek hari lahir ayah waktu sarapan... sambutan pun belum mula, apa kes?

Kek hari lahir yang dihasilkan Faris dimakan oleh adiknya beberapa jam sebelum acara bermula.

LAIN yang dirancang, lain pula yang berlaku.

Begitulah kisahnya mengenai jejaka ini yang hampa apabila kek coklat hasil air tangannya 'rosak' sebelum acara bermula.

Imbas Muhammad Faris Nasharudin, 21, kek istimewa itu dihasilkan khusus untuk meraikan hari lahir bapanya yang ke-55 pada tanggal 27 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih kek, tinggalkan pesakit! Lelaki ini kagum dengan diri sendiri selepas lebih 6 tahun belajar di Rusia, tidak lagi bergelar doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja bank, jual brownies! Pemuda ini mampu buka kedai kek walau cuma belajar di YouTube, sekali pergi kelas asas - “Baju raya pun tak beli”

Namun katanya, berlaku salah faham yang menyebabkan kek itu dijamah adik lelakinya ketika sarapan pagi, beberapa jam sebelum sambutan berkenaan diadakan.

"Pada hari kejadian, kami dah ucap selamat hari lahir kepada ayah selepas solat Subuh. Kemudian, saya tidur balik macam biasa.

"Dalam jam 11 pagi, saya dengar suara ibu. Rupa-rupanya adik saya dah makan kek itu. Sedangkan kami rancang nak buat sambutan hari lahir selepas ayah balik kerja.

"Adik saya salah faham, dia fikir kami dah celebrate selepas ucap hari lahir masa awal pagi. Sebab tu dia makan kek untuk sarapan," ujarnya yang mesra disapa Faris.

faris 3

Gambar Faris sekeluarga.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, dia terkejut melihat sebahagian kek tersebut sudah diusik, namun tiapa apa yang dapat dilakukan untuk membaikinya semula.

Imbas Faris lagi, mereka sekeluarga akhirnya meraikan hari lahir bapanya dengan kek tersebut dan menganggap kejadian berkenaan sebagai satu detik yang sukar untuk dilupakan.

Itu sebenarnya kali kedua saya buat kek. Saya belajar melalui YouTube saja.

FARIS

"Untuk sambutan hari lahir, kami tetap gunakan kek yang sama. Adik pun dah minta maaf kepada ayah ketika sambutan diadakan.

"Yang makan tu adik saya yang nombor lima, usia 18 tahun. Mula-mula rasa geram juga sebab dah penat buat, tapi tak apalah benda dah jadi," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, Faris yang juga pelajar bidang Seni Bina Landskap turut berkongsi video berkaitan kek itu ke aplikasi TikTok hingga dibanjiri pelbagai komen, termasuk yang terhibur dengan kejadian berkenaan.

fair s4

Faris mempelajari teknik pembuatan kek melalui YouTube sahaja.

Bercerita mengenai kek yang dihasilkan, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor itu mendedahkan dia hanya belajar menerusi tutorial di YouTube sahaja.

"Itu sebenarnya kali kedua saya buat kek. Saya belajar melalui YouTube saja. Ingatkan senang, agak susah rupa-rupanya.

"Saya pun tak reti sangat. Mungkin orang lain buat cepat, tapi proses saya hasilkan kek agak lama.

"Daripada proses baking, hias, toping dan sebagainya, ambil masa dekat 12 jam juga. Sebab saya takut hiasan atas kek tak cantik," ujarnya lagi.

Kata Faris yang menetap di Seri Kembangan, dia juga merancang untuk terus menghasilkan kek lain selepas ini, namun belum bersedia menerima tempahan.

Sehingga kini, video yang dikongsi Faris menerima lebih 620,000 tontonan di TikTok.

Di TikTok miliknya juga, Faris sering berkongsi video hasil karya seninya yang sering meraih perhatian ramai.

Untuk rekod, Faris juga memiliki 430,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain