suria

Nak buang bulu dimuka, sekali kulit tercabut... wanita 'bermisai' kongsi detik status dirinya dipersoal "jantan ke betina", baka bapa jadi punca

Kulit muka Ain melecet akibat wax yang digunakan.

NIATNYA hanyalah sekadar mahu membuat bulu-bulu halus diwajahnya, namun bukan hanya bulu yang tercabut malah kulit wajahnya sekali.

Berkongsi video keadaan kulit mukanya di media sosial, Siti Nurul Ain Abu Hassan, 23 berkata kejadian berlaku pada 4 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih jaga 2 biji telur misteri sampai menetas, video dikongsi wanita ini raih hampir 14 juta views - “Saya jumpa atas sofa”

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Mak mentua bagi bekal sampai penuh bonet, menantu dan cucu pasrah berhimpit dalam kereta... mungkin kena beli lori pula

Mesra dipanggil Ain, suri rumah yang menetap di Banting, Selangor ini berkata dia terpaksa menggunakan strip wax untuk menanggalkan bulu-bulu halus di atas bibirnya memandangkan kedai yang sering dikunjunginya tutup.

"Selalu saya akan guna kaedah threading, dah empat tahun memang guna kaedah ni cuma kedai yang saya selalu pergi tu tutup.

"Memandangkan esoknya saya nak jalan-jalan dengan suami jadi saya terpaksa guna wax strip ni, saya tak pernah guna jenama ni, biasa saya guna veet, tapi yang ni jenama lain.

"Sebelum wax macam biasa saya letak bedak dulu kemudian tampal," katanya.

Menurut Ain, dia pada mulanya merasa pedih yang luar biasa ketika menarik tampalan wax tersebut namun dia tidak menghiraukannya.

"Bila saya buat yang sebelah lagi pun sama pedih.

"Rupanya masa tu kulit saya pun ikut tertanggal sekali," katanya.



Keadaan muka Ain selepas melakukan waxing.

Akibat kejadian itu Ain mengalami kesukaran untuk membuka mulutnya.

"Memang sakit, masuk hari kedua mulut saya tak boleh buka, saya susah nak bercakap, ketawa pun susah sampaikan nak makan kena guna sudu kecil.

"Hari ke tiga makin sakit dan tegang, esoknya kulit dah mula terkopek, masa tu lega sikit dan hari ke lima saya sembuh sepenuhnya," katanya, menambah sebelum itu kawasan sekitar mulutnya menjadi keras dan tegang.

Tidak dapat digambarkan betapa takutnya dia apabila melihat wajahnya di cermin.

"Saya rasa masa tu saya akan cacat dah, memang rasa takut tapi mak saya cakap akan hilang nanti sebab tu cuma melecet.

"Dah la tak ada keyakinan muka berbulu kalau tambah parut pula entah la, tapi nasib baik Allah masih sayangkan saya," jelasnya.

Paling teruk saya pernah kena ada seorang lelaki ni tanya "jantan ke betina ni, bermisai?" memang sampai sekarang saya ingat kata-kata dia.

SITI NURUL AIN ABU HASSAN

Mengakui menyesal dan tidak akan kembali menggunakan wax lagi, Ain berkata dia bagaimanapun bernasib baik kerana luka tersebut tidak meninggalkan parut.

"Saya tak salahkan mana-mana jenama wax, mungkin saya kurang ilmu dalam wax ni dan saya tahu mungkin ada yang tanya kenapa saya nak buang "misai" saya, bukan setakat misai, bulu-bulu dekat muka semua saya buang.

"Misai dan bulu muka saya bukan sedikit, tapi ia tebal dan bila dibiarkan akan makin menghitam dan bila bersolak lagi ketara bulu-bulu halus tu.

"Sebagai wanita saya hilang keyakinan diri bila wajah ada bulu-bulu halus ni sebab ramai yang tegur, jadi segan," katanya.



Kulit Ain pulih tanpa sebarang parut.

Malah menurut Ain dia pernah menjadi mangsa "hinaan" akibat keadaannya itu.

"Paling teruk saya pernah kena ada seorang lelaki ni tanya "jantan ke betina ni, bermisai?" memang sampai sekarang saya ingat kata-kata dia," ceritanya.

Menurut Ain, dia mewarisi genatik ayahnya yang mempunyai darah Pakistan.

"Ayah saya jenis berbulu jadi anak perempuan dia semua jenis banyak bulu roma, jadi kami buang macam mana pun ia still akan tumbuh.

"Tapi saya tak la bodoh sangat, saya mula buat threading masa saya bujang, masa tu kawan-kawan marah, tapi saya buat sebenarnya lepas saya tengok video ceramah dari seorang ustaz ni.

"Nasib la suami memang kenal saya dan dia tak kisah, sekali pun dia tak pernah kutuk saya," katanya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
berbulu, wax, kulit tercabut, misai

Artikel Lain