suria

Isteri menjerit riang jumpa duit lebih RM1,600 timbul dalam mesin basuh, tak maklumkan suami tapi tiba-tiba dapat komen ‘pencopek’!

Seorang wanita menjumpai lebih RM1,600 ketika membasuh pakaian suaminya.

ISTERI mana yang tak rajin dan bersemangat nak basuh baju si suami jika selalu terjumpa duit dalam mesin basuh.

Apatah lagi kalau rezeki terpijak ini datang dalam bentuk wang yang mencecah sehingga ribuan ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN : Belum pun 10 minit main slide pool, budak 4 tahun terjatuh sampai benjol di kepala... macam bola golf! Tapi apa jadi selepas balik klinik memang dah jangka!

ARTIKEL BERKAITAN : “Kakak nak balik... cakap bye” - Homesick dari Form 1 tapi tak pernah menangis, pelajar nak balik asrama akhirnya ‘tewas’ dengan kucing

"Menang besar hari ni... kita wak (buat) senyap dah la duit temu (jumpa) kan," tulis seorang pengguna TikTok di ruangan caption sebuah video yang memperlihatkan wang kertas RM100 berkepuk-kepuk yang basah selepas ditemukan dalam mesin basuh.

Bercakap kepada mStar, pemilik akaun berkenaan Siti Nadilla Mohd Rani, yang berusia 30-an berkata, duit tersebut milik suaminya, Mas Eniky Zakaria yang sering terlupa untuk mengosongkan kocek seluar yang ingin dibasuh.

Justeru, dia sering terjumpa wang di dalam mesin basuh namun katanya, nilai yang dijumpai biasanya lebih kecil.

Siti Nadilla atau lebih mesra disapa Dilla yang bekerja di pondok membeli emas lama dan surat pajak milik suaminya berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka akan menerima rezeki terpijak tersebut ketika membasuh pakaian milik suaminya pada 13 September lalu.

"Setiap kali basuh baju suami saya akan asing-asingkan sebab dia main gym setiap hari jadi pakaian dia basah berpeluh.

"Sebelum masukkan dalam mesin setiap hari saya akan periksa satu-satu poket sebab suami saya jenis ada je duit yang dia akan tertinggal dalam poket tapi sebelum ni tak banyak cuma RM10, RM50 atau RM100 je.

"Pagi tu tak tahu la entah macam mana... satu bakul saya tengok semua seluar, saya pun angkat terus masuk dalam mesin lepas tu saya tinggal untuk pergi jemur baju, bila saya pergi balik nampak duit-duit timbul, apa lagi saya jerit sukalah," selorohnya.



Dilla bersama suami dan anak-anaknya.

Menetap di Kuala Terengganu, Dilla berkata wang yang ditemuinya bernilai lebih RM1,600.



Jumlah keseluruhan yang ditemui Dilla melebihi RM1,600.

Berniat untuk mendiamkan diri pada mulanya, rahsia Dilla bagaimanapun 'terbongkar' apabila Eniky terlihat video yang dimuat naik ke laman TikTok.

"Saya kira semua hari tu duit kasar RM1,600 yang RM1 dengan RM10 je saya tak kira.

"Saya senyap sampai sudah tapi last-last dia tengok kat TikTok saya lepas tu dia komen 'pencopek' dekat ruangan komen video tu.

"Tapi dia tak minta, tak tanya pun duit tu berapa, jadi hak milik saya dah la," katanya.



Komen Eniky selepas melihat video yang dimuat naik Dilla.

Menurut Dilla suaminya itu tidak gemar untuk menggunakan dompet sejak mereka mula kenal dahulu lagi.

"Saya tak tahu kenapa tapi memang dari saya mula kenal dia dulu saya perhati dia memang tak ada dompet, dia akan selit duit dalam poket, kalau dalam kereta dia letak dekat celah-celah kerusi.

"Memang selalu la jumpa duit kalau dia bawa kereta saya.

"Kad-kad semua dia letak dalam card holder lepas tu dia letak dalam kereta," jelas ibu kepada empat orang anak ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain