suria

Berisi sejak kecil, berat badan pernah lebih 100kg, jejaka ini akhirnya berjaya kurus dalam masa 4 bulan! Sampai sekarang tak sentuh ‘2 makanan’

Zariff ambil masa sekitar empat bulan untuk kuruskan badan.

BERHADAPAN masalah berat badan sejak kecil ternyata memberi cabaran besar buat jejaka ini.

Menurut Muhammad Zariff Mohd Zamaney, 22, dia pernah menjalani diet ketika zaman sekolah, namun terhenti gara-gara sibuk menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

"Saya sebenarnya chubby sejak kecil. Berat badan tak pernah turun. Satu keluarga semua berisi kecuali adik bongsu saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci! - “Gemuk dari kecil, tak sangka boleh kurus”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Makan tak ingat’ sampai berat naik 120kg, jejaka ini bernasib baik berjaya kurus selepas hati terdetik ‘nak ada buah hati’

"Masa tingkatan lima, saya pernah diet dan berjaya turun 10 kilogram (kg). Lepas tu saya berhenti kerana nak fokus SPM.

"Antara kelemahan bila badan berisi, kita cepat rasa penat untuk bersukan. Nak main sukan pun orang pandang rendah.

"Body shaming pun ada juga, tapi saya tak terasa sangat sebab dah terbiasa. Saya OK saja, saya tahu kawan-kawan bergurau," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Zariff, dia bagaimanapun mengambil keputusan untuk sekali lagi menjalani diet sekitar September tahun lalu gara-gara mendapat inspirasi daripada tiga rakannya.

zariff4

Zariff merupakan graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Jelas anak kelahiran Kuantan, Pahang itu, proses berkenaan mengambil masa sekitar empat bulan yang mana berat 101kg berjaya diturunkan sehingga 76kg.

"Turning point bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Saya tengok tiga orang kawan yang berisi dah kurus. Saya kata pada diri sendiri, why not kalau saya bermula sekarang?

Saya rasa diri saya sama saja seperti dulu, cuma sekarang badan dah kecil sikit.

ZARIFF

"Jadi saya bermula sekitar bulan September. Masa tu saya tengah intern, setiap hari minta mak buat bekal ayam bakar dengan sayur. Saya juga berhenti makan makanan berminyak, minuman manis pun dah setahun saya berhenti.

"Dari segi senaman pula, saya bermula dengan hiking dan joging, kemudian main futsal dan badminton. Saya biasanya bersenam lima ke enam kali seminggu.

"Bila dah capai target baru saya pergi gim, itu pun tak lama sebab gim ditutup ketika PKP. Jadi perjalanan saya ambil masa sekitar empat bulan. Saya betul-betul capai target berat badan pada 1 Januari 2021," ujarnya.

zariff3

Berat Zariff pernah mencecah 101kg.

Menurut graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, dia sangat gembira dengan kejayaan menguruskan badan, namun sentiasa beringat dari segi pemilihan makanan.

Malah katanya, dia juga akan terus bersenam dan menjalani gaya hidup sihat untuk memastikan tubuhnya sentiasa berada dalam saiz ideal pada masa akan datang.

"Perasaan saya memang gembira, tapi saya tak mahu terleka. Nanti sedar tak sedar, badan naik balik," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, Zariff yang juga anak sulung daripada tiga beradik turut berkongsi video transformasi fizikalnya di TikTok sehingga meraih lebih 140,000 tontonan.

zariff5

Zariff turut berkongsi video transformasi fizikalnya di TikTok.

Selain bertanyakan mengenai kaedah menguruskan badan, Zariff turut dihujani dengan pujian netizen yang tertarik dengan paras rupanya.

"Saya sebenarnya agak segan dengan komen-komen itu. Saya rasa diri saya sama saja seperti dulu, cuma sekarang badan dah kecil sikit.

"Saya juga dapat banyak soalan mengenai work out, mengenai pengiraan kalori, cara kawal makan dan sebagainya. Saya sebenarnya kongsi video itu untuk kenangan.

"Pada masa sama, saya nak beritahu kepada orang yang ia boleh dicapai, cuma kita kena jaga disiplin. Ia ambil masa untuk dicapai," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain