suria

‘Makan tak ingat’ sampai berat naik 120kg, jejaka ini bernasib baik berjaya kurus selepas hati terdetik ‘nak ada buah hati’

Nazz akui gembira dengan transformasi yang berjaya dicapai kini.

KISAH transformasi berat badan jejaka ini yang dikongsi menerusi satu video ternyata mengundang perhatian ramai.

Pada Disember tahun lalu, berat badan Mohamad Nasrulhaq Azmin mencecah 120 kilogram (kg) sebelum dia membuat keputusan untuk melakukan perubahan.

Hasil usaha gigih dan konsisten, dia berjaya menurunkan berat badan kepada 80kg pada Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

"Masa mula-mula sambung pengajian di peringkat ijazah, saya banyak terlibat dengan persatuan. Tak ada masa nak bersenam, asyik makan je.

"Masa semester pertama, berat saya naik mendadak. Saya mula terdetik tahun lepas, teringin nak ada partner atau buah hati.

"Saya nekad untuk kurus. Bila gemuk, keyakinan pun kurang. Sekarang saya mantain berat dalam 76 ke 77kg. Sekarang saya dah berpunya sejak empat bulan lalu," ujarnya kepada mStar.

Berat badan Nazz naik mendadak gara-gara kesibukannya menyertai aktiviti persatuan di universiti.

Mesra disapa Nazz, jejaka berusia 22 tahun dari Ipoh, Perak itu melakukan senaman di rumah secara berkala dan turut menjaga aspek pemakanan.

Jelasnya, dia juga pernah terdetik untuk berputus asa namun tetap meneruskan misi demi menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Saya tinggalkan minuman bergula. Sampai satu tahap, bila saya minum air manis, rasa tak sedap.

Kawan ajak lepak-lepak makan, saya ikut keluar bersama tapi bawa bekal sendiri.

NAZZ

"Saya buat home workout je. Di Instagram pun saya banyak educate orang ramai untuk bersenam di rumah.

"Nak pergi gim memerlukan komitmen masa dan wang. Sebenarnya buat di rumah pun OK. Boleh beli bar untuk sangkut pada pintu atau dumbbell.

"Biasanya saya bersenam sejam sehari. Pernah terdetik nak putus asa bila kadang-kadang tengok keluarga makan sedap-sedap.

"Kawan ajak lepak-lepak makan, saya ikut keluar bersama tapi bawa bekal sendiri. Ada la yang bahan tapi saya gelak-gelak je, mereka pun support saya sebenarnya," ujar Nazz lagi.

Nazz berkata dia hanya melakukan senaman di rumah sahaja.

Menurut pelajar peringkat sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia sememangnya bersyukur dengan hasil yang diperolehi sekarang.

Malah, dia berikrar untuk berterusan memberi ilmu dan motivasi kepada orang ramai yang turut berdepan masalah berat badan.

"Memang puas hati sebab impian tercapai. Saya target nak kurus sebelum sambung master. Ia membantu keyakinan diri saya.

"Saya juga tahu rasa susah bila tak yakin, ada masalah berat badan. Jadi saya akan terus kongsi info di Instagram," ujar pelajar bidang Sistem Pengurusan Pejabat itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT