suria

Berani lamar lelaki, siap sarung cincin! Si gadis dedah situasi sebenar di sebalik kejutan hari jadi kenalan 11 tahun– “Ramai ingat kami pasangan gay”

Foto kiri Jiha melahar tunangnya sempena sambutan hari jadi, foto kanan Jiha selesa berpakaian hoodie dan seluar.

HARI ulang tahun seorang pemuda yang diadakan di sebuah pusat karaoke dihadiahkan oleh kejutan yang tidak disangka-sangka.

Manakan tidak, seorang gadis memberanikan diri melamarnya untuk berkahwin.

Menerusi satu video yang meraih 300,000 tontonan di aplikasi TikTok, pemuda itu memberikan jawapan 'ya' sebelum jari manisnya disarungkan dengan sebentuk cincin.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin, rantai nikah dah beli lebih setahun... lelaki ini akhirnya beranikan diri sapa jodoh dengan DM 'Bismillah'

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali jumpa wanita tak dikenali di majlis kahwin, lelaki ini beranikan diri masuk meminang... dedah 2 kali tulis nama calon isteri dalam buku 101 impian

Bercakap kepada mStar, gadis itu, Nurain Najiha M.Fezal berkata, lamaran itu dibuat pada 22 Oktober lalu sempena sambutan ulang tahun pemuda yang dikenalinya selama 11 tahun.

Namun gadis bertuah berusia 24 tahun itu tampil menjelaskan bahawa lelaki itu sebenarnya merupakan tunangnya di mana mereka telah bertunang sejak awal tahun.

"Memang betul saya melamar tunang saya masa hari jadi dia ke-24. Tapi dia terlebih dahulu melamar saya sebagai isteri dan kami bertunang pada Januari lalu.

"Saya sebenarnya berperwatakan kasar dan susah untuk meluahkan perasaan. Jadi, sudah tiba masa saya tunjuk perasaan sayang padanya dengan melamarnya," katanya kepada mStar.

gadis lamar lelaki 4

Sambutan hari jadi tunang pada 22 Oktober.

Berkongsi pengalaman, dia yang lebih mesra disapa Jiha menjelaskan sebelum bertunang, dia dan pasangannya itu pernah bercinta dan hubungan itu bagaimanapun putus di tengah jalan.

"Tunang saya dulu adalah ex saya, kami bercinta masa di sekolah menengah. Kami kemudian berjumpa semula pada 2019 dan dia lamar saya untuk jadi isterinya.

"Masa tu tak ada cincin, dan dia adalah lelaki pertama yang ajak saya kahwin. Kami kembali rapat dan berbincang secara serius tentang hubungan.

"Pada Disember 2020, saya cabar dia merisik kalau mahu memperisterikan saya. Pada Januari 2021,dia betul-betul merisik dan kami bertunang," ujarnya yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.

gadis lamar lelaki 5

Jiha (kiri) dalam seragam kadet polis mengenali tunang sejak sekolah menengah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, lamaran yang dibuatnya selepas 10 tahun mengikat tali pertunangan itu mahu membuktikan komitmennya bersama tunang.

"Saya banyak cakap, tapi susah nak cakap sayang. Sedangkan marah dan menangis pun saya simpan. Dia banyak kali cakap I Love You, tapi saya tak balas.

Penampilan saya yang sebenar memang macam tu. Sama ada berkemeja dan berseluar, kadang-kadang pakai hoodie dan topi. Masa saya kecil ada yang gelarkan saya tomboy

NURAIN NAJIHA M.FEZAL

"Sayang saya pada dia tak pernah tunjuk. Masa birthday tunang tu catat sejarah, saya luahkan perasaan sayang pada dia.

"Bagi saya, harta atau rupa tidak menjamin masa depan. Apa yang penting adalah dia buat saya happy dan sedia menjaga saya dengan baik," katanya sambil menambah detik bersejarah itu turut disaksikan oleh rakan-rakan rapat.

gadis lamar lelaki 6

Jiha dan tunang merancang untuk berkahwin pada Februari tahun depan.

Namun, konsultan akaun itu terkejut dia dan tunang disalah anggap sebagai pasangan sejenis gara-gara dirinya berpenampilan seperti lelaki ketika membuat lamaran.

"Penampialan saya yang sebenar memang macam tu. Sama ada berkemeja dan berseluar, kadang-kadang pakai hoodie dan topi. Masa saya kecil ada yang gelarkan saya tomboy.

"Tapi saya tak terasa hati pun, cuma rasa kelakar. Ramai ingat kami pasangan gay, 'kunyit' hanya kerana saya pakai topi dan hoodie. Apapun, tunang saya menerima saya seadanya," katanya.

Dalam pada itu, Jiha berkata, dia dan tunang merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Februari tahun depan.

"Persiapan untuk kahwin termasuk hantaran dah siap, hanya tunggu majlis. Saya harapkan semua mendoakan yang baik-baik, moga majlis perkahwinan kami berjalan lancar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain