suria

Dulu asyik jatuh terlentang sebab kurap tebal sangat, A-Top kini dah cantik hasil jagaan tuannya yang percaya ‘dalam rezeki kita ada rezeki orang lain’

Daripada seekor kucing kurap, A-Top berubah menjadi seekor kucing yang cantik dan gebu.

DARIPADA seekor kucing comot, kurus serta badan dipenuhi kurap, A-Top kini berubah wajah menjadi seekor kucing yang sangat cantik dan gebu hasil penjagaan rapi serta kasih sayang ibunya.

Bercakap kepada mStar, Norhawani Ahmad, 36 tahun berkata, dia membuat keputusan untuk menyelamatkan kucing tersebut kerana kasihan melihat keadaannya yang dipenuhi kurap dari hujung ekor sehingga kepalanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami utamakan kucing, akak ni jadi nombor dua” - Isteri kongsi ragam 4 ‘anak bulus tentera’, nama je macho tapi masing-masing manja teruk!

ARTIKEL BERKAITAN: “Pesakit umur 12 tahun nak terberanak” - Menyedihkan! Doktor akui ‘tetap terkejut’ walau dah banyak kali ‘handle’ kes rogol statuari

"Akak jumpa dia pada 21 Ogos dekat kedai runcit, masa tu dia mengiau nak ikut orang sana sini.

"Badan dia penuh kurap dari kepala sampai hujung ekor, celah kaki dengan tangan pun sama.

"Bila dia geleng-gelengkan kepala dia akan jatuh terlentang ke belakang sebab kurap tebal sangat di bahagian kepala dan telinga," katanya yang menetap di Felda Maokil, Labis, Johor Bahru, Johor.



Keadaan A-Top ketika baru ditemui.

Norhawani yang masih bujang berkata, dia kemudiannya merawat A-Top di rumahnya.

"Dekat rumah memang akak prepare macam-macam ubat-ubatan untuk kegunaan kucing sendiri, jadi lepas bawa balik akak rawat A-Top sendiri.

"Akak guna ubat-ubat yang memang sedia ada jadi kos tak ada tinggi sangat dalam RM100," katanya yang turut mempunyai 14 ekor kucing lain.

Norhawani berkata, dia sentiasa memegang kata-kata ibunya bahawa "dalam rezeki kita ada rezeki orang lain".

"Akak ambil dia sebab kesian tengok dia sakit lepas tu kena buang.

"Mak akak selalu cakap dalam rezeki kita ada rezeki untuk lain," katanya.

Norhawani yang bekerja sebagai seorang kerani berkata, A-Top kini sudah sembuh sepenuhnya serta berat badannya juga kini bertambah berbanding ketika dia mula dijumpai.

"Keadaan dia dari segi fizikal sekarang dia dah fully recovered daripada kurap.

"Berat badan pun bertambah dulu masa ambil berat dia tak sampai 1 kilogram sekarang dalam 2 kilogram," katanya.

FotoJet (6)

Keadaan terkini A-Top.

Menurut Norhawani, nama A-Top dipilih kerana rupa kucing tersebut yang seakan-akan Kak Top yang terkenal bersama seekor lagi kucing selebriti, Oh My Jep.

Sama seperti kucing lain, A-Top juga sangat aktif dan lincah, namun kata Norhawani, dia lebih mesra dengan manusia berbanding kucing lain.

245004586_566501247907429_6356095670930154794_n

Antara kucing lain yang dibela Norhawani.

"Sekarang dia memang lincah sangat terutama waktu petang.

"A-Top ni jenis manja dengan manusia tapi dia tak berapa mesra dengan kucing lain," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or