suria

Turun padang hulur bantuan, pemuda tak tenang selepas kanak-kanak tunjuk ‘pokok budak’ di kebun datuk mereka - “Saya agak yakin mereka tak tipu”

Zoey dibawa melihat sendiri kewujudan pokok aneh yang digelar 'pokok budak' di dalam kebun buah-buahan milik seorang penduduk kampung di Mersing, Johor.

KITA sering mendengar orang berkata, kanak-kanak mampu melihat makhluk yang tidak dapat dilihat pandangan mata kasar.

Menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang pemuda berkongsi kisah sekumpulan kanak-kanak yang ditemuinya bercerita mengenai kewujudan sebatang pokok yang kononnya dijaga oleh seorang 'budak'.

Dalam video tersebut, pemuda itu turut dibawa oleh kanak-kanak berkenaan untuk melihat sendiri pokok berkenaan yang wujud di kebun datuk mereka sambil bercerita mengenai tumbuhan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya jumpa kubur, selepas itu terserempak gadis menangis tepi highway... ramai kata berani sebab siap rakam! - “Terus pecut motor, tak pandang kiri kanan dah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah ambil angin atas buaian, tiba-tiba ada ‘benda’ baling batu... wanita berani rekod video seorang diri - “Mereka kata nampak sesuatu dekat pokok sukun”

"Takkan budak-budak nak menipu kan?" tulisnya pada kapsyen video tersebut yang sehingga kini meraih hampir 124,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Zoey Bahar berkata, video tersebut dirakam beberapa hari lalu ketika dia 'turun padang' menyerahkan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf di Mersing, Johor.

"Saya merupakan pegawai perhubungan awam (PR) acara dan media bagi pertubuhan My Fund Action. Masa tu saya join team untuk sama-sama turun padang ke sebuah kampung di Mersing, Johor bagi menyerahkan 'Kotak Rezeki Umat' iaitu bantuan makanan kepada keluarga asnaf di sana.

"Selepas selesai sampaikan bantuan di rumah terakhir iaitu rumah seorang makcik yang dihuni bersama 19 lagi ahli keluarganya yang lain, mereka pelawa kutip buah di kebun milik mereka yang terletak tak jauh dari rumah.

"Cucu-cucu makcik tu yang masih bersekolah rendah bawa kami ke kebun. Masa dekat dalam kebun itulah, mereka bercerita tentang sebatang pokok yang mereka sekeluarga gelar 'pokok budak'.

"Menurut cerita mereka, pokok itu fizikalnya sangat berbeza dengan pokok-pokok lain dalam kebun tu. Mereka ajak saya dan rakan tengok pokok tu, masa tu teruja juga nak tahu jadi kami ikut," ceritanya.

pokok rare 1

Zoey melihat sendiri 'pokok budak' yang terdapat dalam kebun buah-buahan milik datuk kanak-kanak tersebut.

Menurut pemuda berusia 25 tahun ini, untuk sampai ke lokasi pokok tersebut, mereka perlu berjalan lebih jauh kerana ia terletak di tengah-tengah kebun.

"Bila dah sampai, saya teruja juga tengok pokok tersebut. Ia memang sangat tinggi, warna batangnya kuning cair, malah apabila disentuh dengan tangan terasa agak lembut dan licin.

"Kemudian mereka cerita, ada seorang budak selalu duduk sebelah pokok tu. Terus saya terasa seram sejuk. Namun tambah mereka, kelibatnya akan dilihat menjelang waktu petang. Nasib baik masa tu masih tengah hari.

"Kata mereka lagi, daun pokok itu kalau gugur, warnanya jernih dan kawasan itu akan berbau wangi. Saya tak boleh nak bayangkan rupanya.

Saya tak tahu nak ungkapkan baunya macam mana. Ia bukan bau minyak wangi, tapi bau wangi yang berbeza.

ZOEY BAHAR

"Mereka kata sebelum pokok tu wujud, kawasan tu orang selalu nampak pocong. Lagilah saya makin seram sejuk. Mereka nampak bersungguh-sungguh bercerita, itu yang membuatkan saya agak yakin mereka tak menipu," ceritanya lagi.

Tambah Zoey, sebaik sahaja mereka mahu beransur dari kebun berkenaan, dia tergerak mahu 'meminta izin' untuk pulang sekadar menghormati kawasan tersebut.

"Serta-merta hidung saya menangkap bau wangi. Saya tak tahu nak ungkapkan baunya macam mana. Ia bukan bau minyak wangi, tapi bau wangi yang berbeza.

"Sepanjang perjalanan nak pulang ke Selangor, benda yang berlaku dekat kebun tu bermain-main dalam kepala. Macam-macam yang saya fikir. Kadang fikir takut juga kalau ada yang 'ikut' pulang. Alhamdulillah, kami semua tiba di destinasi dengan selamat," ceritanya lagi.

pokok rare 2

Zoey merupakan pegawai perhubungan awam (PR) acara dan media bagi pertubuhan My Fund Action.

Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Zoey berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman yang dilaluinya dengan pengikut TikTok.

"Dekat ruangan komen, ada yang perlekeh cerita kanak-kanak yang saya jumpa tu. Ada juga tuduh saya nak buat content semata-mata. Tapi ramai juga yang komen, jangan menafikan mata kanak-kanak. Itu antara komen yang menarik perhatian saya.

"Namun perkongsian itu ada mesej untuk disampaikan di mana kita kena tahu, di alam ini wujud juga alam yang tak terlihat dengan mata kasar," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain