suria

19 kucing kampung buat pemilik keliru, ‘demand’ macam golongan T20! Suka lepak atas ‘sofa manusia’, cirit makan makanan murah

Foto kiri sekumpulan kucing balik sendiri ke rumah, foto tengah kucing makan dan foto kanan Hanis bersama dua ekor kucing.

APABILA mendengar sahaja bekas makanan diketuk berulang kali, sekumpulan kucing berlari berkejaran dari kawasan ladang kelapa sawit meluru masuk ke rumah.

Aksi si bulus itu menghiburkan netizen menerusi video yang dikongsi oleh seorang wanita di aplikasi TikTok, sehingga meraih tiga juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Nurhanis Mat Shom berkata, pada awalnya keluarganya membela dua ekor kucing di rumah baharu mereka di Sabak Bernam, Selangor sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Untung la si bulus! Bukan rumah, lelaki ini bina 'istana' inspirasi drama Korea demi keselesaan kucing bermacam baka - "Saya bela macam anak sendiri"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut rider wajah ganas bawa ‘peneman’ pergi kerja - "Macam gangster yang sayang sangat mak dia"

Wanita berusia 24 tahun itu memberitahu, ia kemudian membiak sehingga menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19 ekor setakat ini.

"Seekor tu abang selamatkan di tepi parit dan seekor lagi datang ke rumah. Sekarang dah beranak-pinak, makin meriah. Terdapat empat sangkar yang menempatkan kesemua kucing.

"Abah (panggilan bapa) akan lepaskan kucing-kucing dari sangkar setiap pagi sebelum Subuh. Sebelum pergi kerja, abah akan kutip setiap ekor dan masukkan semula ke dalam sangkar," katanya kepada mStar.

kucing t20  3

Sebahagian kucing berkeliaran di sekitar kebun.

Lebih mesra disapa Hanis, katanya, dia yang banyak menguruskan kebajikan kucing-kucing tersebut turut melepaskan haiwan peliharaan itu setiap petang.

"Sekitar pukul 3 petang, saya akan lepaskan tetapi pintu pagar rumah masih ditutup. Kami biarkan kucing-kucing bermain di kawasan rumah, tak nak kurung selalu.

"Bila pukul 6 petang, pintu belakang rumah akan dibuka sebab abah dan abang akan ke kebun di luar pagar untuk bercucuk tanam dan melihat hasil tanaman.

"Kebiasaannya kucing-kucing ini akan turut keluar untuk membuang najis," katanya sambil menambah terdapat pelbagai jenis tanaman di kebun abangnya seperti bendi, cili dan kangkung.

kucing t20  b

Hanis bersama kucing-kucing peliharaan keluarganya.

Menurut anak kelima daripada lapan adik-beradik itu, menjadi satu tanggungjawab buat dirinya menjaga kesemua kucing itu seperti ahli keluarga sendiri.

"Nama je kucing kampung, tapi perangai masing-masing ibaratkan kucing T20. Dulu bagi makanan kucing yang murah, tapi ada yang cirit-birit.

"Jadi, kami berikan makanan premium dan nampak selesa masing-masing makan. Mula-mula tu okay, tapi kami cari yang harga berpatutan sebab kos agak tinggi... dari RM200 satu pek 10 kilogram (kg), sekarang dapatkan pek berharga RM90 untuk tahan dua minggu," ujarnya.

kucing t20  5

Waktu makan untuk kucing-kucing.

Hanis berkata, kucing-kucing berkenaan juga dilihat seperti mementingkan kebersihan terutama di sangkar dan kawasan rumah.

"Mereka suka tempat yang bersih, hari-hari memang kena sapu lantai. Lantai kena bersih... selepas dimop, lagi mereka suka dan baring bermain lagi.

Kami belikan kusyen khas untuk kucing. Tapi kucing-kucing tak nak duduk atas kusyen, mereka lebih selesa berehat di sofa atau tidur di katil-katil kami di bilik.

HANIS

"Sebelum ini kami belikan kusyen khas untuk kucing. Tapi kucing-kucing tak nak duduk atas kusyen, mereka lebih selesa berehat di sofa atau tidur di katil-katil kami di bilik.

"Kucing-kucing ni lebih selesa tidur kalau dipasang aircond. Kalau on aircond, mereka memang lena tidur lebih lama," ujarnya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan dan Kepimpinan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

kucing t20  4

Kucing-kucing selesa berehat di lantai yang bersih dan di sofa.

Hanis menjelaskan bahawa kucing-kucing ini lebih jinak ketika waktu makan yang mana kesemua akan pulang ke rumah tanpa perlu dikutip satu persatu.

"Trick berjaya tanpa perlu kutip adalah dengan beri makan. Ketuk-ketuk bekas makanan dan jerit pada kucing-kucing, ia cepat datang dengan sendiri.

"Kadang-kadang tu mak akan bagi nasi untuk dimakan kucing-kucing ni dan letak atas surat khabar. Mak baru pegang suratkhabar je, kesemua kucing dah serbu nak makan.

"Walaupun memilih makan makanan kucing premium, ia tetap makan nasi seperti kucing lain. Bagi saya, mereka ni kucing T20 yang meragukan," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain