suria

“Mata korang OK tak ni?” - Wanita ini segan wajah disamakan dengan artis... macam Siti Saleha ke Riena Diana?

Netizen menyamakan wajah Aimi mirip dua selebriti terkenal, Siti Saleha dan Riena Diana.

WANITA ini mencuri tumpuan ramai di TikTok gara-gara wajahnya dikatakan menyerupai selebriti popular, Siti Saleha.

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi tersebut memaparkan dirinya menuturkan sebaris dialog daripada drama bersiri Tujuh Hari Mencintaiku lakonan aktres berkenaan membuatkan lebih ramai netizen melontarkan komen serupa.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih dari 237,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang membuat perbandingan wajahnya dengan artis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ternampak gadis iras Neelofa, jurugambar tak tunggu lama... terus beranikan diri jumpa bapanya - “Apa-apa pun saya nak selesaikan SPM dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tak kisah dikatakan iras Hanis Zalikha, cuma jangan tambah ungkapan menyakitkan hati - “Dengar biasa, tapi saya terasa”

Namun begitu, tidak kurang juga netizen menyamakan wajahnya dengan pelakon drama Kampung People, Riena Diana yang terkenal dengan watak 'Lailer'.

"Sekali tengok muka macam Siti Saleha. Dua kali tengok macam Lailer (Laila) Kampung People.

"Sometimes Mia Tujuh Hari Mencintaiku, sometimes Lailer Kampung People.

"Tak kisahlah muka siapa pun, yang penting you cute sangat," demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Namun begitu, wanita yang senang disapa sebagai Aimi ini secara peribadi berpendapat wajahnya langsung tidak mempunyai iras kedua-dua pelakon wanita berkenaan meskipun menyedari terdapat komen sedemikian daripada netizen.

iras baru 1

Video Aimi yang meniru dialog pelakon Siti Saleha meraih lebih 237,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

"Sebenarnya dalam video-video saya yang terdahulu dekat TikTok, ada juga saya perasan orang komen samakan wajah saya dengan Siti Saleha. Tapi saya langsung tak ambil 'port'.

"Saya pernah cerita pada ibu... ibu saya pun sama pendapat seperti saya, dia kata langsung tak sama. Mungkin yang komen wajah saya sama macam artis-artis ini sebab mereka tak menghadap wajah saya hari-hari.

"Saya saja je upload video tiru dialog macam Siti Saleha, tak ada niat apa pun... mula-mula tak 'meriah' pun views, tapi menjelang malam tak henti-henti notification masuk. Dekat video itu la yang ramai komen kononnya wajah kami ada persamaan.

iras baru 2

Wajah Aimi dikatakan kombinasi antara wajah Siti Saleha dan Riena Diana.

"Ada yang kata bahagian mulut dan gigi macam Siti Saleha. Bahagian pipi dan mata pula macam Riena Diana. Macam-macam komen mereka," ujar wanita berusia 21 tahun ini.

Disebabkan terlalu ramai yang melontarkan pelbagai komen yang menyamakan wajahnya dengan dua artis berkenaan, Aimi kemudian memuat naik satu lagi video untuk membuat perbandingan wajah mereka bertiga selepas dicadangkan oleh seorang netizen di ruangan komen.

Menjengah ruangan komen pada video berkenaan, rata-rata netizen menyimpulkan wajahnya merupakan kombinasi antara wajah Siti Saleha dan Riena Diana.

Ada yang kata bahagian mulut dan gigi macam Siti Saleha. Bahagian pipi dan mata pula macam Riena Diana. Macam-macam komen mereka.

AIMI

Dalam pada itu tambah wanita lulusan jurusan kulinari dari sebuah kolej ini, secara kebetulan dia sememangnya meminati drama Tujuh Hari Mencintaiku lakonan Siti Saleha dan Kampung People lakonan Riena Diana.

"Saya memang ikuti kedua-dua drama berkenaan. Bagi saya selain kedua-dua drama ini lain dari yang lain, lakonan Siti Saleha dan Riena Diana juga mantap sehinggakan drama lakonan mereka meletup.

iras baru 3

Aimi merupakan lulusan jurusan kulinari dari sebuah kolej.

"Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa bila ramai komen macam tu, tapi lebih kepada rasa malu sebab saya rasa tak sama langsung. Saya macam rasa, 'mata korang OK tak ni?'

"Tapi apa pun saya tak kisah kerana bagi saya, setiap orang ada pandangan masing-masing," akhirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain