suria

Isteri korbankan duit simpanan beli motor baharu, tak sanggup tengok suami ulang alik bengkel... ada rahsia terbongkar selepas buat kejutan!

Foto kanan motosikal yang dihadiahkan Mariati buat suami, foto kiri Mariati (kanan) bersama suami.

ISTERI mana yang tak sedih apabila suami terlibat dalam kemalangan motosikal selama dua tahun berturut-turut.

Ekoran dua kejadian itu, motosikal yang digunakan suami untuk ke tempat kerja setiap hari sering mengalami masalah dan terpaksa dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Sudahnya isteri mengambil insiatif untuk melakukan kejutan pada hari jadi suaminya dengan menghadiahkan sebuah motosikal baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan rancang nak surprise suami, isteri dapat 'kejutan' terlebih dahulu... kek birthday terbelah di tangan runner tak jujur - "Kenapalah dia tak fikir"

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah suami sado, si isteri buat kejutan bunga duit 'puluhan ribu ringgit'... gubahan setinggi birthday boy! - "Banyak mana pun, nilainya tak cukup untuk balas pengorbanannya"

Wanita berkenaan, Mariati Abdullah berkata, kejutan pada 18 Mei lalu itu dibuat sempena ulang tahun suaminya ke-33 dan baru berkongsi video mengenainya di aplikasi TikTok, minggu ini.

Berkongsi kisah di sebaliknya, dia yang berusia 33 tahun memberitahu rancangan kejutan itu dibuat mengenangkan suaminya terkesan akibat dua kemalangan motosikal pada 2019 dan 2020.

"Kejadian yang pertama suami cedera hingga dimasukkan ke hospital bagi menjalani ujian MRI (Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik) sebab kepala dia terhantuk pada divider, mujur suami pakai helmet masa tu.

"Insiden kedua suami hanya mengalami luka ringan, tapi keadaan motosikal dia agak teruk selepas terbabit dengan kemalangan dengan motosikal lain.

"Sejak dua kemalangan tu, suami selalu hantar motor dia ke bengkel sampai saya tertanya-tanya berapa habis kos baiki motor tu," katanya kepada mStar.

kejutan motor suami 2

Motosikal milik suami Mariati yang terbabit dalam kemalangan pada 2019.

Mariati yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli motosikal baharu menggunakan sebahagian simpanannya bagi pembelian rumah.

"Sekarang ni kami menyewa rumah di Shah Alam, Selangor. Suami pula berulang-alik dengan motosikal yang asyik rosak tu dari Shah Alam ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

"Saya ada buat simpanan untuk beli rumah, tapi saya korbankan sebahagiannya untuk beli motosikal sebab itulah pengangkutan dia mencari rezeki buat keluarga," ujarnya yang mendirikan rumah tangga sejak 2013.

kejutan motor suami 4

Kunci motosikal baharu diserahkan kepada suami.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata lelaki itu, dia membeli motosikal jenis Yamaha LC135 secara tunai dan merancang untuk memberikannya secara mengejut.

"Saya rancang dengan seller untuk hantar motor tu bila suami tak ada. Minta hantar motor siang, tapi seller boleh hantar malam... suami pula ada di rumah waktu tu.

Selama ini suami bukan saja selalu hantar motor tu untuk dibaiki tapi kerap juga tersadai di tepi jalan atau lebuh raya sebab motor rosak. Ada juga orang bantu tolak motor dia

MARIATI

"Kebetulan, petang tu ada seorang pelanggan beli produk saya jual secara online dan minta COD (pembayaran tunai ketika serahan) sebelah malam.

"Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Seller dah standby dengan lori angkut motor. Bila suami keluar buat COD dengan anak-anak, motor terus dibawa masuk letak di ruang tamu," ujarnya yang mengusahakan bisnes dalam talian secara kecil-kecilan.

kejutan motor suami 3

Mariati bersama suami dan anak-anak.

Mariati yang merupakan seorang penjawat awam berkata, kejutannya disambut dengan kegembiraan suaminya yang mencari rezeki sebagai runner secara sambilan selain kerja tetapnya.

Namun siapa sangka suaminya yang merupakan 'family man' dan rajin membantu membuat kerja-kerja rumah itu mendedahkan rahsia yang disimpan sejak berbulan-bulan lamanya.

"Selama ini suami bukan saja selalu hantar motor tu untuk dibaiki tapi kerap juga tersadai di tepi jalan atau lebuh raya sebab motor rosak. Ada juga orang bantu tolak motor dia.

"Dia tak nak beritahu sebab tak nak saya risau. Sebagai isteri, saya faham dia banyak berkorban untuk keluarga. Jadi apa salahnya saya juga berkorban untuk keselesaan dan keselamatan dia dengan menghadiahkan motor baru," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain