suria

“Hari-hari menangis, minta jangan ditidurkan“ - Lelaki ini akui derita dijangkiti Covid-19 suatu pengalaman menginsafkan

Pengalaman yang cukup menginsafkan buat Ubai, selama 21 hari di wad sebagai pesakit Covid stage 5

“MATI itu pasti, tapi saya perlu yakin tak boleh patah semangat di awal perjuangan. Isteri saya pesan, saya kena kuat. Kena zikir, doa dan jaga solat.”

Itulah kata-kata yang ditulis seorang pesakit Covid-19 menerusi kapsyen di akaun Instagram milikinya pada 14 Jun yang lalu iaitu hari kedua dirinya disahkan positif covid.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai keliru tengok video tutorial masak stik... ‘cef’ macam pemalas, ikhlas ke tak nak kongsi ilmu? - “Niat saya nak bergurau”

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohammad Ubaidullah Mohd Jaafar, 30 menceritakan pengalaman yang cukup menginsafkan itu bermula selepas dia mengalami demam dan batuk selama beberapa hari.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

WhatsApp Image 2021-07-06 at 4.22.10 PM

Tak diduga, Ubai, isteri dan anaknya yang berusia empat tahun disahkan positif Covid.

“Pada mulanya anak saya demam, cuma saya tak pasti dia berjangkit dari mana. Berapa hari kemudian, saya pula yang demam dan sejak tahun lepas saya disahkan ada penyakit asma kerana kerap batuk yang berpanjangan.

“Bila dah ada asma ni, memang berisiko tinggi untuk kena jangkitan Covid-19. Saya masa tu masih makan ubat di rumah macam biasa, tapi demam saya jadi makin teruk.

“Dua hari demam saya berlarutan jadi saya, isteri dan anak-anak terus buat swab test sebelum disahkan saya, isteri dan anak sulung berusia tiga tahun positif, cuma yang bongsu baru empat bulan saja yang negatif.

Disebabkan keadaan dirinya semakin teruk, Ubai mengambil keputusan untuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat sebelum dibawa terus ke wad untuk pemeriksaan lanjut.



Ubai bersama anaknya di sebuah bilik khas, sebelum mereka dipindahkan ke wad yang lain.

“Saya dimasukkan di wad tiga, mereka berikan bantuan pernafasan tapi masa tu keadaan saya tidak begitu kritikal lagi. Isteri dan anak-anak di tempatkan wad yang berbeza.

“Ada satu malam tu, saya rasa semput, mula rasa sesak nafas kemudian saya terus ditukarkan ke wad lima dimana pemantauan lebih rapi dan mereka beri saya bantuan pernafasan seratus peratus.

“Doktor dah telefon isteri saya, sebab oksigen dalam badan rendah, ikutkan doktor kata saya akan ditidurkan. Masa tu saya memang down, sebab saya tahu ada orang bila dah intubate tu kebanyakan tak ada harapan untuk hidup.

UBAIDULLAH MOHD JAAFAR

Menurut Ubai yang menjalankan perniagaan sendiri, ketika dirinya mengalami sakit teruk dia hanya mampu untuk berzikir dan berdoa agar tidak ditidurkan sepanjang berada di wad lima tersebut.

Tambahnya lagi, di wad berkenaan dia turut berhadapan dengan pesakit lain dan ada di antara mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi.

“Saya lihat rata-rata di wad adalah golongan berumur. Ada yang ditidurkan, ada juga pesakit yang terpaksa ditebuk belakang kerana paru-paru bocor.

“ Alhamdulillah selepas 21 hari di dalam wad, sekarang keadaan saya makin baik. Doktor suruh saya banyakkan rehat di rumah, senaman ringan dan tak boleh buat kerja berat.

WhatsApp Image 2021-07-06 at 5.47.38 PM

Ubai mengakui sokongan isteri dan anak-anak membuatkan dirinya semakin kuat untuk melawan penyakit yang dialaminya.

Meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana keadaan kesihatan semakin baik, Ubai berkata berat badannya menurun sebanyak 10 kilogram kerana tidak makan selama lapan hari ketika berada di hospital.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Dalam keadaan sekarang ini memang bahaya, sebab kadang-kadang kita tak tahu mana puncanya. Bagi saya, selagi tak kena jangkitan virus ini tentu tak akan percaya. Tambah lagi, bagi yang ada penyakit asma seperti saya lagi mudah untuk dijangkiti.

“Kalau kita sayangkan mak ayah kita, dan orang lain. Jaga dan ikutlah SOP, jangan keluar jika tiada tujuan. Walaupun kita tak kena sehingga tahap kritikal, tapi boleh sebabkan ibu bapa kita dijangkiti," katanya.

Berkongsi pengalamannya menghadapi penyakit covid menerusi video di aplikasi Tiktok, ia menjadi perhatian ramai sehingga kini meraih lebih 458 000 ribu jumlah tontonan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain