suria

Pereka grafik balik kampung tolong keluarga jual sate, tak sangka main TikTok tambah rezeki - “Dulu mak ayah diperlekeh, bisnes tak kaya-kaya”

Menurut Ying, perniagaan sate itu sudah diusahakan bapanya sejak 40 tahun lalu

ADA diploma dalam bidang animasi, namun gadis ini bangga dapat berbakti dalam perniagaan sate milik keluarganya.

Menurut Nur Rafidah Baharudin, 25, dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur dan sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya untuk berhenti kerja dan kembali berniaga bersama keluarga di Seremban, Negeri Sembilan.

Biarpun berat hati dan turut menerima kata-kata kurang enak, dia yang mesra disapa Ying enggan menoleh ke belakang dan percaya dengan ketentuan rezeki kurniaan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta tolong berniaga, gadis ini menangis malu diejek ‘Meah Burger’ oleh kawan sekolah - “Study di gerai masa PMR dan SPM, result bagus”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan”

"Masa nak berhenti kerja, ada yang persoalkan keputusan saya. Ada juga yang hina, mereka kata... kau dah kerja sebagai pereka grafik, kenapa nak jual sate?

"Ada sesetengah kawan dan orang sekeliling saya yang kata begitu. Mula-mula kecil hati, tapi bila fikir balik mengenai rezeki tolong mak ayah berniaga, saya jadi tak kisah.

"Saya pun pernah cuba kerja lain, tapi selalu ada halangan. Mungkin rezeki saya berniaga dengan mak ayah di Seremban," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Ying, perniagaan sate itu sudah diusahakan bapanya sejak 40 tahun lalu, malah dia juga sudah terbiasa membantu sejak zaman sekolah lagi.

Menurut Ying, pengalaman bekerja dengan ibu bapa turut memberi pengalaman berharga buatnya biarpun pernah cemburu dengan kebebasan teman-teman sebaya yang lain, suatu masa lalu.

"Sejak umur 12 saya tolong mak ayah berniaga. Bermula dengan cucuk sate, bakar sate sehinggalah layan pelanggan, semua saya buat.

"Masa kecil dulu selalu juga kena ejek di sekolah. Mereka perlekeh mak ayah saya jual sate, mereka kata kami tak kaya-kaya pun jual sate. Saya dianggap sebagai orang susah kerana berniaga sate.

Ying menerima pelanggan baharu yang mengenalinya menerusi platform TikTok.

"Masa kecil dulu saya pun tak matang, tengok kawan-kawan keluar bermain saya pula kena tolong berniaga. Pernah rasa memberontak, malas nak tolong berniaga.

Nanti dah boleh rentas negeri, datang ramai-ramai ke kedai kami.

YING

"Tapi lama-kelamaan saya faham. Tiada orang nak tolong mak ayah selain kami lima beradik. Kemudian abang dan kakak dah kahwin, tinggal saya dengan adik saja.

"Sebab tu saya tak kisah berhenti kerja dan tolong mak ayah. Lagipun umur ayah dah dekat 60 tahun, mak pula 46 tahun," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ying tidak menyangka video kisah sate keluarganya meraih 2.2 juta tontonan di Instagram.

Penangan tular, dia turut menerima pelanggan baharu yang mengenalinya menerusi platform itu.

"Saya buat video TikTok untuk sampaikan mesej bahawa hidup kita ni bukan senang untuk jadi senang. Kita kena cuba hidup susah dulu.

Ying turut menerima kata-kata kurang enak selepas berhenti kerja sebagai pereka grafik.

"Saya terharu sebab view sehingga 2.2 juta. Rasa dihargai sangat, dulu kena ejek di sekolah. Ada juga pelanggan datang, mereka kata kenal saya dari TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

"Ramai juga yang mesej tanya lokasi kedai 'Din Sate' yang diusahakan kami sekeluarga. Saya rasa macam mimpi.

"Kepada mereka yang beri sokongan, terima kasih sangat-sangat. Walaupun tak kenal di dunia nyata, saya sangat hargai.

"Nanti dah boleh rentas negeri, datang ramai-ramai ke kedai kami. Cakap je kenal saya dari TikTok," ujarnya berseloroh.

Tambah Ying, dia seronok melayan pelbagai ragam pelanggan yang disifatkan sebagai asam garam dunia perniagaan.

Sehingga kini Ying memiliki hampir 23,000 pengikut di aplikasi TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain