suria

Alamak, tak matilah! Dua sahabat lari lintang pukang selepas ‘acah berani’ tarik ular sawa kekenyangan - “Kami excited dapat tengok depan mata”

Foto kiri tangkap layar video seorang pemuda menarik seekor ular sawa. Foto kanan Aizzat (kanan) dan rakannya, Alif berkongsi pengalaman.

SIAPA tidak cuak apabila ternampak ular di depan mata.

Begitulah yang dialami dua penunggang basikal menerusi video lucu yang dikongsikan di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi 20 saat yang dirakamkan oleh salah seorang daripada mereka, rakannya yang seorang lagi dilihat menarik seekor ular sawa di jalan tanah merah sebelum kedua-duanya bertempiaran lari.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara pilih jalan pintas... rider cuak masuk hutan, redah 'trek' motocross - "Kalau harimau baham, tinggal motosikal je... kalau pontianak?"

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar ular melingkar dalam rim kereta... apa King Cobra buat tengah bandar? - "Kalau kemalangan boleh bantu, main dengan ular saya seram"

Mohamad Ezam Aizzat Mohamad Tamizi berkata, video tersebut dirakamkannya ketika menunggang basikal bersama rakannya pada akhir bulan lalu, sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown.



Separuh badan ular dalam semak.

Pemuda yang baru memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok pada Selasa memberitahu, dia bersama rakannya melalui jalan belukar di kampung mereka di Rantau Panjang, Kelantan.

"Kami berbasikal di jalan 'dalam' bukan di jalan raya atau laluan utama. Jalan yang kami lalu biasanya orang kampung guna untuk pergi berkebun atau menternak haiwan.

"Masa berbasikal, tiba-tiba saya nampak benda halus dan panjang atas jalan. Bila tengok dekat nampak ular sawa, sebahagian badannya dalam semak," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Aizat, pemuda berusia 21 tahun itu berkata, dia dan rakannya yang sebaya usia, Muhammad Alif Anuar, kemudian bercadang untuk menarik keluar ular sawa berkenaan dari semak bagi mengukur panjang reptilia itu.

"Kami sebenarnya bukanlah berani sangat nak pegang ular. Tapi sebab excited dapat tengok ular depan mata. Bukan selalu dapat peluang macam ni, biasa kat zoo je.

"Saya suruh kawan tarik, dia pula suruh saya sebelum akhirnya kawan yang tarik keluar. Ular tu tak bergerak, kami ingatkan dah mati," ujarnya sambil menambah dia dan Alif berkawan sejak dari sekolah rendah.



Alif memberanikan diri untuk menarik keluar seekor ular sawa.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, mereka berdua bagaimanapun tidak menyangka ular sawa sepanjang lebih dua meter itu sebenarnya masih hidup.

"Bila rakan saya tarik ekornya dari dalam semak, barulah nampak kepalanya...dan tiba-tiba ular tu bergerak. Kami pun terus lari lintang pukang sebab cuak sangat.

Lebih baik kami alihkan ular tu. Bimbang orang kampung terkejut nampak ular tu ketika berbasikal atau menunggang motosikal hingga terbabas masuk paya dan parit.

AIZZAT

"Kami hanya berlari beberapa meter sebelum berpatah balik untuk melihat ular sawa tu lebih dekat lagi. Nampak sesuatu yang besar di bahagian perutnya, macam baru lepas baham seekor ayam.

"Ingatkan ular tu mati, rupa-rupanya kenyang baru baham ayam," katanya yang merupakan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di Pahang.



Aizzat (kanan) dan Alif sering melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Jelas Aizzat lagi, dia dan rakannya bertindak untuk menarik ekor ular itu bagi mengalihkannya supaya tidak menghalang penduduk kampung yang melalui jalan berkenaan.

"Ular sawa tu dari tepi semak dekat kawasan paya, manakala di sebarang jalan tanah merah itu pula ada parit. Panjang ekor ular tu je dah terbentang atas tengah jalan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi lebih baik kami alihkan ular tu. Bimbang orang kampung terkejut nampak ular tu ketika berbasikal atau menunggang motosikal sampai terbabas masuk paya dan parit di tepi jalan.

"Risau juga ular tu nanti kena gilis dengan mana-mana kenderaan yang lalu. Dalam takut-takut tu, kami beranikan juga alihkan ular dengan tarik ekornya," ujarnya secara berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu