suria

Satu ‘take’ dah jadi! Pandai tiru posing artis, video gadis ajar orang ramai bergambar gaya selebriti makin ‘meletup’ menjelang Syawal - “Sedih ada minta ajar selfie”

Video 'posing' ala artis yang dimuat naik oleh Qurratu'Aini meraih jumlah tontonan tinggi di TikTok.

SELAIN kunjung-mengunjung rumah saudara mara mahupun rakan taulan ketika Aidilfitri, antara aktiviti wajib yang akan dilakukan pada hari raya adalah merakamkan foto sebagai kenang-kenangan.

Memandangkan aktiviti ziarah tidak dibenarkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah semestinya rata-rata dalam kalangan kita akan mengisi masa dengan merakamkan foto ataupun video untuk dimuat naik di media sosial.

Justeru, pasti ramai yang tercari-cari gaya menarik untuk 'berposing' ketika raya ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenangan jadi artis 10 saat, pemuda ‘bukan siapa-siapa’ terbantut nak masuk tandas dapat tahu tercalon dalam ABPBH33 - “Dia cuba yakinkan saya benda tu betul”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tak kisah dikatakan iras Hanis Zalikha, cuma jangan tambah ungkapan menyakitkan hati - “Dengar biasa, tapi saya terasa”

Menerusi aplikasi TikTok, seorang gadis mencuri tumpuan apabila memuat naik video ala-ala tutorial mengenai cara-cara untuk 'berposing' seperti selebriti tempatan untuk dijadikan sebagai panduan.

Kesemua video tersebut meraih jumlah tontonan yang tinggi sehingga ada yang mencatatkan lebih daripada 700,000 views.



Qurratu' Aini memuat naik video posing gaya artis di akaun TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Qurratu' Aini Ishak berkata, sebenarnya idea untuk menghasilkan video posing ala-ala artis itu tercetus secara spontan.

"Saya seorang peniaga dalam talian (online), jadi memang selalu buat content untuk media sosial. Memandangkan tak lama lagi nak sambut Syawal, saya saja buat video macam mana cara posing waktu raya.

"Pada mulanya saya sekadar suka-suka buat video macam mana nak posing dengan ibu ketika raya. Tak sangka, video itu mendapat sambutan.

"Saya kemudian cuba buat video posing seperti Mira Filzah dan ia juga meraih jumlah tontonan yang tinggi. Bermula dari situ, ramai yang request untuk buat video posing ala-ala selebriti wanita lain pula," katanya.



Posing ala-ala selebriti media sosial, Iman Troye meraih lebih 900,000 tontonan.

Sehingga kini, gadis tersebut sudah memuat naik lebih daripada 10 video posing ala selebriti tempatan antaranya Mira Filzah, Uyaina Arshad, Hannah Delisha, Bella Dally, Iman Troye dan lain-lain.

Menurut gadis yang juga penuntut jurusan Pengajian Islam di Universiti Malaya ini, dia tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan video-video tersebut.

"Selalunya satu 'take' sahaja. Saya akan lihat gaya selebriti-selebriti ini dahulu dan terus rakam. Kamera pula dipasang menggunakan tripod," ujarnya yang menetap bersama keluarga di Klang, Selangor.

Ada yang komen beritahu mereka siap 'save' video saya untuk dijadikan panduan untuk berposing masa raya nanti.

QURRATU'AINI

PELAJAR

Tambah gadis berusia 21 tahun ini, dia sama sekali tidak menyangka menerima sambutan yang sangat positif daripada netizen.

"Bukan sahaja mereka request gaya posing ramai selebriti, bahkan ada yang komen beritahu mereka siap 'save' video saya untuk dijadikan panduan untuk berposing masa raya nanti.



Qurratu' Aini (tengah) tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai di TikTok.

"Setiap kali baca komen-komen yang request gaya posing, saya akan catatkan apa gaya yang mereka request. Setakat ini, ada beberapa gaya posing yang akan saya rakamkan sebagai memenuhi permintaan mereka.

"Ada yang request bagaimana cara berposing untuk orang berbadan besar, bergambar bersama keluarga, posing orang yang pemalu (camera shy) dan macam-macam lagi.

"Tapi paling saya tersentuh apabila baca komen yang minta saya buat video macam mana nak posing selfie... sebab mereka kata terpaksa raya berseorangan, jadi tak ada keluarga untuk posing bersama," katanya lagi.



Qurratu'Aini (dua,kiri) masih menuntut dalam jurusan Pengajian Islam di Universiti Malaya.

Tambah Qurratu Aini lagi, dia juga tersentuh apabila membaca banyak komen yang meluahkan rasa rindu dengan keluarga masing-masing lantaran tidak berpeluang pulang berhari raya di kampung kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tumpang sedih bila baca komen-komen seperti itu. Saya ada juga beberapa rakan di universiti yang tak dapat balik kampung khususnya yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

"Apa yang boleh saya katakan, moga kita semua bersabar dan tabah. Anggaplah apa yang berlaku ini sebagai ujian. Jangan lupa untuk kerap menghubungi keluarga masing-masing bagi ubati rasa rindu," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain