suria

Hanya jumpa sekali ketika usia 10 tahun, nikah pun berwalikan hakim... terkedu seketika, tiba-tiba si bapa muncul di pintu rumah

Natasha yang baru tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama bertemu semula dengan bapanya pada Selasa lalu selepas terpisah selama 10 tahun.

PERJALANAN hidup ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak semudah yang disangka.

Sejak masih kecil, dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya di Kota Tinggi, Johor.

Menurut Wan Nur Natasha Wan Zafari, 18, ibunya sudah berkahwin lain manakala bapanya juga sudah lama menghilang.

ARTIKEL BERKIATAN: 22 tahun hidup tak pernah jumpa... Gadis ini belum putus harapan, impi rasa pelukan kasih sayang walinya

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal berkahwin Januari 2021, gadis merayu bapa pulang jadi wali... nak kenal lebih rapat

Mesra disapa Natasha, dia pada Selasa lalu bersatu semula dengan bapanya, Wan Zafari Wan Abdullah selepas mereka bertemu buat kali pertama selepas pertemuan terakhir lapan tahun lalu.

"Kalau nak ikutkan, saya hanya jumpa ayah masa umur 10 tahun. Itu kali pertama dan terakhir. Kami jumpa di mahkamah pada waktu itu, tapi saya tak ingat mengenai kes apa.

"Mak pun dah kahwin lain. Sejak saya kecil, dalam usia sebulan saya dah tinggal dengan datuk dan nenek. Kemudian hari Selasa lepas tiba-tiba ayah datang cari balik.

Natasha mendirkan rumah tangga pada Januari tahun lalu dengan menggunakan wali hakim kerana gagal mencari bapa kandungnya.

"Dia kata rindu, nak cari balik anak dia. Saya merupakan anak tunggal. Lepas jumpa 10 tahun lepas, kami memang lost contact terus sehinggalah jumpa balik kali ini," ujarnya kepada mStar.

Menurut Natasha, pelbagai perasaan bersarang di hati tatkala dia berhadapan dengan bapanya yang lama dirindui.

Jelasnya lagi, dia juga gagal menahan air mata apabila bapanya mahu berangkat pulang selepas bertemu di kediaman datuk dan neneknya selama dua jam.

Ayah pun baru tahu yang saya dah kahwin. Saya reda pakai wali hakim masa tu.

NATASHA

"Sampai sekarang saya masih tinggal di rumah datuk dan nenek. Masa tu saya dengan anak saya ada dalam bilik. Kemudian sepupu maklumkan bahawa anak saudara datuk datang menziarah rumah kami.

"Saya terdetik nak keluar tengok. Saya terkejut tengok ayah sendiri. Saya cam muka sebab ada simpan gambar lama ayah.

Imbas Natasha, dia bertemu bapanya buat kali pertama dan kali terakhir ketika berusia 10 tahun.

"Semua perasaan ada. Terkejut, terkedu, rasa nak menangis. Masa mula-mula jumpa tu saya tahan nangis. Tapi masa dia nak balik, memang saya mengalir air mata.

"Ayah juga minta maaf sebab lama kami tak jumpa. Dia pun ada bagi alamat untuk kami bertemu lagi selepas ini," imbasnya lagi.

Menurut Natasha, dia juga berhadapan kesukaran apabila gagal mencari bapanya sewaktu hendak melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun lalu.

Posting Natasha di Facebook.

"Dulu dah cari tapi tak jumpa. Ayah pun baru tahu yang saya dah kahwin, saya reda pakai wali hakim masa kahwin.

"Saya juga ada kongsi kisah penyatuan semula kami di Facebook. Nak minta doa semua agar hubungan kami anak-beranak berkekalan selamanya.

"Semua ahli keluarga OK, cuma mereka terkejut," ujar Natasha yang baru melahirkan cahaya mata pertamanya tiga bulan lalu.

Namun katanya, dia memanjatkan kesyukuran apabila Allah memakbulkan doanya sejak sekian lama untuk dipertemukan semula dengan bapanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain