suria

Sampul duit raya edisi dinosaur laku keras, terjual 10,000 keping dalam 10 jam... semuanya berpunca daripada bos!

Aemierul menjadikan anak kepada majikannya sebagai ilham untuk menjual sampul duit raya dinosaur

KITA sering kaitkan ketupat, pelita atau lemang dengan sambutan Aidilfitri.

Pernah tak terfikir gambar dinosaur digunakan pada sampul duit raya? Pasti tak pernah kan.

Tetapi inilah yang dilakukan oleh pemilik akaun Twitter Aemirul Syhariq, 22, yang mengambil inisiatif menjual sampul duit raya bertemakan dinosaur.

ARTIKEL SAMPINGAN: Kemungkinan boleh adakan bazar Ramadan tahun ini - Zuraida

ARTIKEL SAMPINGAN: Elak cubaan rentas negeri sepanjang Ramadan, Bukit Aman tambah SJR

Mesra disapa Aemierul, kata kakitangan syarikat pengiklanan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan ini berkata ilham menghasilkan sampul itu datangnya daripada majikannya sendiri.

“Bos saya ada anak dan dia suka sangat dengan dinosaur, jadi saya gunakan itu sebagai ilham.

“Saya macam terfikir, belum pernah lagi lihat dinosaur tapi sampul duit raya edition,” katanya yang menjual sampul tersebut untuk menjana pendapatan sampingan.

Menurut Aemirul, dia mengambil inisiatif menjual sampul itu kerana umat Islam bakal menjalani ibadah puasa sebelum menyambut Aifilfitri pada pertengahan Mei ini.



Jarang sekali orang menggunakan dinosaur untuk dijadikan corak pada sampul duit raya.

Memandangkan hanya golongan kanak-kanak yang akan mendapat duit raya, sudah pasti mereka akan suka dengan sampul dinosaur yang comel ini.

Pada mulanya, hanya ada beberapa orang sahaja yang membeli sampul tersebut secara online.

Tetapi selepas dia memuat naik tweet tentang sampul tersebut di aplikasi Twitter, Aemirul berjaya menjual 10,000 sampul duit raya dalam masa 10 jam

Saya ada kawan sekerja yang bekerja sebagai graphic designer, masa dia tunjuk draft design tu saya rasa benda ni comel sangat.

AEMIERUL SYHARIQ

“Bos saya mula-mula macam tak percaya, akhirnya saya tunjuk bukti dan dia tak sangka sampul ni dapat sambutan luar biasa.

“Dia ucap tahniah dan sokong bisnes kecil sampul duit raya saya ni, ” katanya yang telah bekerja setahun di syarikat tersebut.

Oleh kerana sampul duit raya dinosaur itu mendapat sambutan, Aamierul mengambil keputusan untuk membuka tempahan pre-order demi memenuhi permintaan orang ramai.

Berkongsi cerita dengan mStar, sampul duit itu direka bersama-sama rakan sekerjanya Ahmad Asyraaf yang merupakan pereka grafik di syarikat tersebut .



Proses menghasilkan sampul tersebut dilakukan dalam masa dua minggu.

“Kawan saya pereka grafik, masa dia tunjuk draf design tu saya rasa benda ni comel sangat.

“Terus saya confirm design tu dengan dia dan hantar ke kilang untuk proceed sampul raya,” katanya sambil menambah keseluruhan proses tersebut mengambil masa dua minggu.

Aemirul bercadang untuk mengeluarkan sampul duit raya dengan rekaan baharu dan ia mungkin juga bertemakan haiwan dinosaur tetapi dari spesis berbeza atau haiwan lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Covid-19: 70 kilang diarah tutup