suria

Tak suka ‘show off’ sebenarnya... pemuda ini akui sengaja tunjuk harga baju, aksesori sampai RM40,000 di TikTok - “Semuanya ori”

Arif menjadi perhatian di TikTok menerusi video yang menunjukkan harga setiap pakaian dan aksesori yang dipakainya.

"ADA sesiapa yang minta dia dedahkan harga outfit (pakaian) ke?"

Demikian antara komen netizen terhadap video yang menunjukkan seorang pemuda berkongsi harga setiap pakaian dan aksesori yang digayakannya dari kepala hingga ke kaki.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pemuda tersebut mendedahkan butiran harga fesyen yang digayakannya termasuklah jam tangan jenama mewah Rolex berharga kira-kira RM43,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Turun dari Lamborghini, 'borong' makanan di tepi jalan... pemuda nafi nak show off - "Beli untuk diri sendiri, tak sampai hati pula tengok mereka"

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah di sebalik niat nak halalkan hubungan... Baru 2 minggu bisnes, pasangan remaja beli Ford Mustang tunai! Paling manis, kereta sampai di hari bahagia

Kedua-dua video yang dikongsi menunjukkan nilai pemakaiannya dengan keseluruhan harga, masing-masing RM16,350 dan RM44,028.



Arif mahu memberi inspirasi menerusi penampilannya.

Pemuda berkenaan, Arif Bunayya Syahrul tampil menjelaskan bahawa dia sengaja membuat video sedemikian bagi menarik perhatian ramai.

Berusia 23 tahun, anak muda itu mengakui kesemua barang yang dipaparkan adalah asli dan bukannya tiruan, sambil menambah dia bukan sekadar mahu menunjukkan jenama mewah semata-mata.

"Pemakaian saya sebenarnya nak beri inspirasi kepada orang ramai untuk membuat banyak duit dengan menceburi bisnes dan menjadi trader.

"Jadi, saya buat dengan cara tunjukkan outfit saya berserta harga. Semuanya 'ori' (tulen) dan sebahagiannya dibeli menerusi personal shopper (pembeli peribadi)," katanya kepada mStar.



Penglibatan Arif dalam bisnes mendapat sokongan keluarga.

Lebih mesra disapa Arif, katanya, dia menceburi bisnes sejak dua tahun lalu dengan sokongan keluarganya yang turut mengusahakan perniagaan.

Namun, pemuda berasal dari Gombak, Selangor itu berkata, dia sebenarnya tidak suka bersikap menunjuk-menunjuk (show off) kerana dirinya hanya berpenampilan sederhana.

Pemakaian saya sebenarnya nak beri inspirasi kepada orang ramai untuk membuat banyak duit dengan menceburi bisnes dan menjadi trader.

ARIF BUNAYYA SYAHRUL

"Tapi ada seorang rakan cabar saya boleh ke saya jadi famous di media sosial. Saya fikir perlu mulakan sesuatu untuk jadi famous di TikTok.

"Saya ada sertai macam-macam kelas pemasaran bagaimana untuk menyerlahkan diri dan perniagaan kita," ujarnya yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.



Arif (kiri) bersama sebahagian ejennya.

Menurut Arif, dia mengusahakan bisnes produk tradisional jamu di Malaysia dan pusat beli-belah di Aceh, Indonesia.

Tambah usahawan muda itu, sebahagian keuntungan di pusat beli-belah itu disalurkan kepada operasi sekolah tahfiz yang dibangunkan oleh keluarganya, juga di Aceh.

Dalam pada itu, Arif yang menjadikan trader dari Indonesia yang terkenal, Indra Kenz sebagai inspirasi, juga merancang untuk membuat video mengenai tip bagaimana untuk mengenal pasti sesuatu barang itu adalah tulen atau tiruan.



Arif (kanan) bersama keluarga di sekolah tahfiz di Aceh, Indonesia.

"Bila kita tunjuk harga, orang kata kita menunjuk-nunjuk atau sebenarnya pakai baju tiruan. Sepatutnya mereka melihatnya sebagai inspirasi bagaimana untuk buat banyak duit.

"Saya ni sebenarnya simple-simple, gaya saya biasa-biasa saja. Tapi niat saya untuk tunjuk semua tu bagi membina penjenamaan peribadi saya.

"Saya baru saja buka akaun TikTok. Kalau saya dapat jadi TikTok famous dengan strategi yang saya buat ni maka saya berjayalah," katanya yang kini mempunyai lebih 3,700 pengikut sejak sebulan lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain