suria

Hadiah Ysuku 2 tahun lepas berbalas cincin emas, ramai sebak lihat video suami jurusolek menangis raikan isteri - “Saya boleh rasa perasaan dia”

Hadiah motosikal oleh Ain untuk suaminya dua tahun lalu dibalas dengan sebentuk cincin emas sempena hari lahirnya baru-baru ini.

KEJUTAN sempena hari lahir ke-37 seorang jurumekap dari Kelantan pada Rabu lalu turut disulami dengan air mata.

Kata Nurul Ain Abdullah, bukan dia sahaja yang mengalirkan air mata kerana terharu menerima sebentuk cincin emas, malah suaminya, Aizur Azdin, 40, turut sebak dalam sambutan serba ringkas itu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Ain turut tidak menyangka apabila video kejutan itu meraih perhatian ramai selepas dikongsi di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat hadiah telefon, wanita menangis kenang tak pernah beli apa-apa hadiah untuk anak - “Kalau ibu nak pusing seluruh dunia, saya akan bawa”

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan kumpul duit jual nasi kukus, rungutan bapa dorong pemuda buat kejutan beri iPhone 12... next mahu hadiahkan Mercedes-Benz

"Suami bungkus banyak kotak, lepas buka pembalut, ada lagi kotak kat dalam sehinggalah jumpa kotak cincin.

"Suami buat dengan anak-anak. Saya pun tak tahu. Saya pun tak sangka dia nak hadiahkan saya cincin.

"Kami buat sambutan kecil-kecilan, bersama keluarga saja. Saya post di TikTok untuk kongsi perasaan, sebab saya tersentuh... tak sangka viral," ujarnya.

Ramai sebak melihat video penuh emosi antara Ain dan suaminya di TikTok.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia menangis ketika menerima kejutan itu kerana terharu dengan usaha gigih yang dilakukan suaminya.

Malah katanya, dia bertambah sebak apabila suaminya yang menjalankan perniagaan ais turut mengalirkan air mata selepas dia membuka bungkusan cincin berkenaan.

"Saya boleh rasa perasaan dia, bagaimana dia kumpul duit untuk bahagiakan saya. Itu yang buat saya tersentuh.

Ramai yang kata mereka automatik menangis bila tengok suami saya menangis.

AIN

"Sebab masa hari lahir dia dua tahun lepas, saya ada belikan dia motosikal Ysuku (Yamaha 15ZR). Masa tu saya beli dengan hasil duit saya mekap orang.

"Jadi mungkin dia nak balas balik, mungkin sebab tu juga dia rasa tersentuh. Saya memang bersyukur," ujar Ain lagi.

Ain bersama suami dan anak-anaknya.

Selain Ain, rata-rata netizen yang menonton video itu di TikTok turut menzahirkan rasa sebak melihat suaminya mengalirkan air mata.

"Ramai yang kata mereka automatik menangis bila tengok suami saya menangis. Masa saya bagi kejutan motor dulu pun dia menangis," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Ain mendedahkan dia sudah 17 tahun berkecimpung sebagai jurusolek perkahwinan.

Kata Ain, dia tersentuh dengan pengorbanan dan usaha suaminya sepanjang 17 tahun berumah tangga.

Selain Kelantan, dia turut menerima jemputan untuk majlis perkahwinan di Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan banyak lagi.

Namun katanya, seperti pemain industri perkahwinan yang lain, dia juga teruk terjejas semenjak Covid-19 melanda negara.

"Memang banyak berkurang. Harapan saya agar pandemik ini cepat berakhir. Ramai bridal yang dah tutup kedai. Sewa mahal tapi job tak masuk.

Antara wajah yang pernah menerima sentuhan Ain.

"Susahnya hanya Allah yang tahu. Nak tanggung anak-anak lagi. Memang banyak nak kena berjimat.

"Sebab itu juga saya terharu dengan pemberian suami sempena hari lahir saya. Saya terharu dengan usahanya.

"Saya cuma nak beritahu yang saya sayangkan dia. Selama 17 tahun kahwin, dia masih setia, masih sayang dan manjakan saya macam dulu," ujar Ain dalam nada sebak.

Sehingga kini, video kejutan sempena ulang tahun wanita itu menerima lebih 15,000 tontonan di TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain