suria

Lagak tomboi sejak umur 14 tahun, pemergian bapa gerakkan hati untuk berubah... terus berhijab selepas pulang Umrah - "Sedih abah tak sempat tengok perubahan ini"

Kata Sha, dia perlahan-lahan berubah selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 2018.

"TIADA apa yang mustahil."

Demikian kata Shaheen Banu Mohamed Dilshad, 30, seorang wanita berperwatakan lelaki yang sudahpun berubah kepada fitrah asal pada tahun 2019.

Mesra disapa Sha, dia berkata perubahan itu bertitik tolak selepas kematian bapanya akibat sakit berkaitan paru-paru pada tahun 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: “Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa...” - Pengakuan jujur ‘tomboi jelita’

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu dah makan segala macam garam” - Bekas pengkid lalui banyak perubahan susulan kes viral tahun lalu, kini dikurniakan bayi lelaki

"Sha dari tomboi umur 14 tahun dah potong rambut pendek. Masa tu suka main bola, selalu berkawan dengan lelaki.

"Cara berbual pun kasar. Tak ada nak lemah lembut. Mak bising juga sebab rambut pendek, tapi saya kata rimas sebab nak main bola.

"Sejak abah meninggal, saya terfikir nak jaga nama baik dia. Sejak detik tu saya mula berubah perlahan-lahan," ujarnya kepada mStar.

Menurut wanita dari Singapura itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan Umrah di Makkah, pada 2019.

"Dulu abah selalu nasihat, dia kata nanti saya susah cari jodoh. Tapi saya pekakkan telinga.

Sha yang aktif di aplikasi TikTok turut menerima pelbagai komen negatif sebelum ini berhubung penampilan dirinya.

"Abah sakit mendadak dari Januari 2018. Pada April tahun sama abah meninggal. Bermula dari situ saya cuba ubah diri.

"Sudah tentu mak gembira dengan perubahan ini. Tapi Sha sedih sebab abah tak sempat tengok perubahan diri ini.

"Ada juga rasa menyesal, tapi mungkin ada hikmahnya," ujarnya lagi.

Saya ambil hal ini sebagai satu perjalanan untuk belajar, untuk istiqamah.

SHA

Menurut Sha, dia yang aktif di aplikasi TikTok turut menerima pelbagai komen negatif sebelum ini berhubung penampilan dirinya.

Malah, Sha terpaksa membuat video transformasi dirinya kerana ada yang tak percaya dan menyangka dia sebenarnya seorang lelaki.

"Sebelum ni saya tak pernah pun post video zaman jadi pengkid, saya rasa tak perlu. Saya cuma kongsi video sewaktu dah bertudung.

Sha, dari Singapura kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.

"Tapi ada orang cakap saya ni lelaki bertudung. Jadi saya terangkan bahawa saya dulu pengkid.

"Saya pun ada buat video transition perubahan diri saya. Sekarang Alhamdulillah banyak dapat komen sokongan.

"Tapi ada juga yang minta bukti pengenalan diri. Pada saya, tak perlu rasanya. Masa awal-awal dulu ada juga rasa sedih.

"Tapi saya ambil hal ini sebagai satu perjalanan untuk belajar, untuk istiqamah. Anggap ia sebagai dugaan," ujarnya yang bekerja sebagai rider penghantar makanan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain