suria

Ramai masih belum move on, imej Rina Harun umpama transformasi penyanyi Adele... Nurul Izzah, Rara dah ada saingan!

Ada netizen membuat persamaan antara transformasi kurus Rina dengan penyanyi Adele.

NAMA Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun tiba-tiba sahaja menjadi trending di media sosial.

Ia susulan perkongsian foto yang memaparkan penampilan baharunya, dengan fizikal tubuh yang semakin langsing berbanding sebelum ini.

Malah, perkongsian foto perbandingan fizikal baharu itu turut menerima reaksi berbeza-beza netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci! - “Gemuk dari kecil, tak sangka boleh kurus”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Makan tak ingat’ sampai berat naik 120kg, jejaka ini bernasib baik berjaya kurus selepas hati terdetik ‘nak ada buah hati’

Menerusi pemerhatian mStar di media sosial, rata-rata netizen memuji penampilan terbaharu itu.

Ujar netizen, biarpun berbeza fahaman politik, mereka harus mengakui fakta bahawa Rina kini kelihatan lebih bergaya dan menawan.

Foto 'glow up' Rina menerima pujian ramai.

Malah, ada netizen yang turut membuat perbandingan antara transformasi fizikal Rina dengan penyanyi popular antarabangsa, Adele.

"United Kingdom (UK) ada Adele, Malaysia kita ada Rina Harun," tulis @ChrisEnteri di Twitter.

Nampaknya Young Syefura dari DAP dan Nurul Izzah dari PKR dah ada saingan.

NETIZEN

Adele yang sebelum ini terkenal sebagai penyanyi berbadan besar pernah mengejutkan dunia apabila tampil dengan imej kurus pada Disember 2019.

Dalam pada itu, bagaikan menjadi lumrah media sosial, pasti ada juga yang memberi komen negatif.

Antaranya, netizen mempertikaikan tugas-tugas Rina di kementeriannya.

Malah, ada juga yang tergamak membuat komen berunsurkan penghinaan fizikal (body shaming).

Antara respon netizen di media sosial.

"Ok semua. Kamu boleh persoalkan apa dia buat tetapi tak perlulah hina rupa paras dia yang sebelum ini," tegur seorang netizen kepada individu yang mengecam Rina.

"Tapi jika ada duit pun. Kalau tiada usaha, disiplin, tak boleh juga nak kuruskan badan. Ingat senang ke?" kata seorang lagi netizen yang mempertahankan Rina.

Foto lama Rina.

Malah, ada yang berjenaka kononnya ahli politik wanita lain kini sudah mempunyai saingan baharu.

"Nampaknya Young Syefura dari DAP dan Nurul Izzah dari PKR dah ada saingan," tulis netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



mStar kini di TikTok!

@mstarmalaysia

Min pun dah standby nak cycling nihh... ##mstar ##mstartiktok ##tiktokmalaysia

original sound - mStar Official
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain