suria

Tak kekok jaga ibu sakit, gadis sebak lihat lelaki penyayang depan mata... senyap-senyap rakam video - “Untung siapa dapat dia”

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata netizen.

Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas murid 'berjiran' dengan guru di wad... sebak tengok pengorbanannya, sakit pun gigih bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sakit, tidur sambil duduk setiap malam... anak segera penuhi hasrat walau baru dibuang kerja - “Dia hantar gambar dalam grup WhatsApp”

"Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.

"Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.

"Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula viral. Lagipun saya rakam senyap-senyap," ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.

Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.

"Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?

UMI

"InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah viral.

"Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?

"Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

"Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat... untung mak dia," kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.

Ibu Umi dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kaki.

Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani pembedahan untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.

Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.

"Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

"Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain