suria

Cucu pemandu lori sampah kongsi video sayu bumbung terbang dibadai ribut, tergamak ada yang kata edit - “Kandang hancur, itik hilang tak tahu ke mana”

Remaja itu turut berkongsi kejadian yang berlaku di aplikasi TikTok sehingga meraih perhatian ramai.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah gambaran rasa sayu tatkala menonton rakaman video memaparkan keadaan sebuah rumah yang rosak teruk dalam kejadian ribut kuat di Melaka pada Rabu lalu.

Menurut Elysha Nur Safia Abdullah, 17, dia terkejut apabila 70 peratus bumbung kediamannya rosak teruk akibat diterbangkan angin sewaktu kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun 8 kali banjir... air melimpah bapa selamba duduk atas kerusi, nak hias rumah pun tawar hati - “Dah habis RM60,000 upgrade”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pulang ke rumah terkejut lihat ampaian beralih, rupa-rupanya ‘kerja’ jiran jarang borak... CCTV bongkar kisah sebenar!

"Mula-mula ribut biasa, lepas tu petir mula sambar-menyambar. Pada awalnya elektrik terputus, tiba-tiba bunyi dentuman kuat.

"Saya ingat buah kelapa jatuh atas atap, rupa-rupanya atap dah terbang. Tercampak ke luar rumah.

"Rumah kami yang paling teruk, rumah lain bumbung terangkat je. Kejadian pukul 3.30 petang, masa tu saya dengan nenek je ada kat rumah," ujarnya kepada mStar.

Keadaan kediaman itu dari pandangan luar selepas ribut melanda.

Mesra disapa Elysha, dia yang menetap di Kampung Kandang, Melaka Tengah mengakui masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.

Malah, ia turut menyebabkan beberapa kelengkapan dan perabot dalam kediaman berkenaan rosak dan tidak boleh digunakan.

"Barang dalam rumah rosak. Peti ais, mesin basuh... perabot reput. Baru je angkat dah reput.

Saya share je, tak sangka viral. Sangat terharu dengan sokongan yang diberikan.

ELYSHA

"Rumah kami ada kandang itik, kandang itik pun hancur separuh, itik pun hilang tak tahu ke mana," ujarnya lagi.

Kata Elysha, dia menetap bertiga di kediaman itu bersama datuknya, Ramli Muhamat, 59, dan neneknya, Surhana Harun, 58.

Ibunya bekerja di Singapura manakala dia sudah lama kehilangan bapanya.

Dalam pada itu, kisah kediaman itu turut menjadi perhatian ramai selepas Elysha berkongsi mengenainya di aplikasi TikTok.

Kata Elysha, dia juga tak terlepas menerima kecaman segelintir individu dalam aplikasi itu.

Kata remaja itu, dia tidak terlepas menerima kata-kata jahat di Twitter oleh segelintir individu.

"Saya share je, tak sangka viral. Sangat terharu dengan sokongan yang diberikan.

"Tapi biasalah tak semua orang suka. Ada yang kecam kata benda ni edit. Ada yang cakap saya boleh beli telefon tapi tak boleh baiki bumbung.

"Benda tu baru berlaku, mana nak cari duit. Atuk saya hanya pemandu lori sampah. Nenek saya pula Orang Kelainan Upaya (OKU). Kaki tak kuat sebab pernah kemalangan.

"Nenek setakat mampu jaga itik dan jaga rumah je," kata Elysha.

Malah ujar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia terbuka sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu sumbangan disalurkan kepada keluarganya.

Elysha boleh dihubungi di talian 011-70797765.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain