suria

Doktor gigi kongsi foto ‘throwback’ sewaktu zaman selekeh, ini baru betul glow up! - “Sebelum dia malukan saya, baik saya post sendiri”

Foto transformasi yang dikongsi Dr Dira menjadi tular di Twitter.

PERKONGSIAN seorang gadis yang memaparkan dua foto miliknya pada jarak usia 10 tahun mencuri perhatian ramai di Twitter.

Kelihatan berbeza, foto transformasi itu turut dihujani dengan pelbagai pujian oleh netizen.

Bercerita kepada mStar, doktor gigi berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Dira Sarun itu turut memperjelaskan kisah di sebalik perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dulu orang tak pandang saya” - Gadis kongsi foto glow up rupa-rupanya pernah lalui episod hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

"Itu sebenarnya gambar lama, masa zaman sekolah menengah di Terengganu suatu masa lalu. Kawan saya jumpa gambar lama tu dalam laptop dia, dia bagi pada saya.

"Saya fikir, sebelum dia post dan malukan saya, baik saya post sendiri," ujarnya dalam nada berseloroh.

Menurut Dr Dira yang baru menamatkan pengajian sekitar dua bulan lalu, segala memori waktu dulu turut terimbau tatkala dia menatap foto lama itu.

Dr Dira bersyukur terima komen-komen positif di Twitter menerusi posting terbaharu itu.

Malah, dia turut mengakui rupa parasnya pada waktu itu cukup berbeza dengan dirinya pada masa kini yang lebih peka dan arif soal penjagaan diri.

"Dulu memang tak cantik pun. Tapi bila tengok gambar tu sekarang, rasa macam saya dah tua.

Mak cakap, kita jaga diri bukan untuk orang, tapi untuk diri kita juga.

DIRA SARUN

"Tapi waktu zaman sekolah, semua orang selekeh kot. Bila dah besar, ada kesedaran, memang kita jaga penampilan," ujarnya.

Menurut Dr Dira lagi, dia turut terharu apabila foto transformasi itu menerima respons positif warga Twitter.

"Semua positif, tak ada komen kecam-kecam. Kalau ada komen buruk pun saya terima je, sebab dah terbiasa dengan netizen.

"Biasalah dekat Twitter, kita tak boleh kawal apa orang cakap, jadi kita biarkan. Pernah kena kecam sebelum ini tapi saya tak ambil hati," katanya.

Dr Dira tak kecil hati jika dilemparkan komen negatif di laman sosial.

Selain pujian, Dr Dira turut menerima mesej yang bertanyakan petua kecantikan dan penjagaan diri.

Namun katanya, harus diingat bahawa ketrampilan bukanlah bertujuan untuk memuaskan hati orang namun berbalik kepada kepuasan untuk diri sendiri.

"Ada yang tanya tip... saya memang jaga makan, jaga kulit. Kita nak jumpa pesakit, nak orang selesa dengan kita.

"Dari situ timbul kesedaran nak jaga diri. Walaupun orang kata paras rupa tak penting, tapi untuk impresi awal orang tu penting juga sebenarnya.

Selain paras rupa, ramai yang turut memuji susunan gigi Dr Dira.

"Tapi pada saya bukan sebab tu je. Mak cakap, kita jaga diri bukan untuk orang, tapi untuk diri kita juga. Kena hargai diri. Bagi orang selesa dengan apperance kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, foto yang dikongsi Dr Dira sejak Sabtu terus dihujani pelbagai komen di Twitter.

Selain mengungkapkan perbezaan ketara 10 tahun, rata-rata komen turut memperkatakan mengenai rupa paras terkini Dr Dira serta susunan giginya yang cukup teratur.

"Ni baru betul glow up, budak-budak sekarang umur 14 pun dah melawa sakan macam mana nak buat from this, to this.

"Untungnya dekat sekolah comel dah besar makin cantik.

"Girls, so jangan risau if you rasa tak cantik sekarang InsyaAllah 10 tahun akan datang you cantik," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain