Selama ni hanya dengar cerita saja, pelajar beranikan diri keluar malam rakam foto ‘edisi meremang’ di UiTM Sri Iskandar - “Setiap kolej ada kisah seram berbeza”

Salah satu foto seram yang dirakam Amru di salah sebuah kolej di UiTM Sri Iskandar.

TAK kira di mana lokasi anda melanjutkan pelajaran, setiap institusi itu pastinya ada menghimpunkan kisah seram yang tersendiri.

Benar atau tidak, itu tolak ke tepi! Apa yang pasti kisah-kisah inilah yang dibawa dari generasi ke generasi dan menjadi sebutan sehingga kini.

Begitu juga dengan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar, Perak ini apabila dia menghasilkan koleksi gambar edisi 'meremang bulu roma' institut pengajian itu pada Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani! Jam 1 pagi pelajar UiTM gesek biola lagu Pontianak Harum Sundal Malam, budak umur 6 tahun nampak kelibat sedang marah

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah bomoh dalam rumah, tiba-tiba keranda terbang mengganas di kampung

Menurur Amru Shakir Sahabudin, 19, dia terpanggil untuk mengangkat kisah-kisah seram legenda yang diceritakan di universiti itu dalam bentuk karya fotografi dan tidak menyangka ia menerima reaksi positif orang ramai.

"Disebabkan Covid-19, kami semua belajar secara online. Tapi hujung Ogos hari tu, saya kena kembali ke kampus.

"Saya ada ambil subjek elektif Seramik, kena siapkan pasu. Jadi kena balik juga. Pada masa itulah saya shoot foto-foto seram.

Amru bersyukur apabila foto dikongsi menerima reaksi positif di Twitter.

"Setakat ini saya dah shoot dekat empat kolej dalam UiTM Sri Iskandar. Setiap kolej ada kisah seram berbeza.

"Jadi keseluruhan proses ambil masa dalam tiga minggu juga," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amru, dia yang berasal dari Kuala Lumpur turut memperincikan proses penggambaran itu yang mana ia dilakukan sepenuhnya pada waktu malam.

Cabar diri untuk atasi rasa takut. Alhamdulillah rasa berbaloi sebab dapat reaksi positif.

AMRU SHAKIR SAHABUDIN

Biarpun tidak mengalami sebarang gangguan, dia tetap menganggap sesi itu sebagai satu cabaran besar buat dirinya untuk tampil kreatif sebagai jurufoto.

"Ada kolej yang saya pergi shoot sendirian. Ada juga yang saya shoot dengan kawan-kawan.

"Cabarannya pada waktu malam untuk suntik elemen seram dalam gambar. Nak cari angle lagi.

Antara foto yang dihasilkan remaja itu.

"Sewaktu shoot tak ada apa-apa gangguan. Cuma sekali tu masa saya jadi model, kawan yang bantu rasa macam ada orang tengah perhatikan," ujar penuntut dalam bidang fotografi itu.

Malah kata Amru, rasa teruja untuk menghasilkan karya itu menjangkaui rasa takut dalam diri, sekali gus memberikan keberanian buatnya.

"Saya tak rasa takut, sebab saya looking forward untuk hasilkan gambar-gambar tu. Saya tolak ke tepi rasa takut, ia cuma perasaan.

Amru ketepikan rasa takut dalam proses menghasilkan foto-foto seram itu.

"Cabar diri untuk atasi rasa takut. Alhamdulillah rasa berbaloi sebab dapat reaksi positif selepas saya kongsi di Twitter.

"Saya juga bersyukur, terharu dan gembira apabila kisah di sebalik gambar yang saya cuba sampaikan, ia betul-betul sampai kepada mereka yang melihatnya," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain