Kereta tersadai, penyapu aunty cleaner jadi ‘mangsa’! Sampah, daun kering di hentian tepi highway habis disapu wanita ini - “Mula-mula, mama tengok je”

Rakaman melibatkan wanita itu sehingga kini menerima hampir 70,000 tontonan di Twitter.

MEMANFAATKAN masa terluang sementara menunggu ketibaan mekanik, seorang wanita bertindak menyapu sampah dan daun-daun kering di sebuah hentian di Sungai Juru, Pulau Pinang pada Khamis.

Dikongsi oleh anaknya, Nesrin Shazwani Abdul Shukor, 24, rakaman melibatkan Salmah Manai, 53, pantas menjadi tular sehingga menerima hampir 70,000 tontonan di Twitter.

Bercakap kepada mStar, jururawat yang mesra disapa Nesrin itu berkata, dia sekeluarga dalam perjalanan dari Taiping, Perak untuk kembali ke rumah di Pulau Pinang sebelum kenderaan dinaiki mengalami keroskaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sementara tunggu ayah masak, mak main phone” - Anak bangga bapa rajin ke dapur, siap jahit baju kelawar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sedih sebab saya faham dia” - Pengantin baharu sebak, selepas kahwin bapa mesej setiap hari tanya masak apa

"Saya bertugas di Taiping. Kebetulan saya terlepas kereta api, lama nak tunggu kereta api seterusnya. Jadi mak dan ayah datang jemput.

"Masa tu dalam 12 tengah hari, kereta rosak kat highway. Sementara nak tunggu towing dan mekanik datang, mama saya sempat ambil penyapu dan sapu sampah kat kawasan hentian tersebut.

"Masa tu ada seorang aunty, tukang sapu tengah bekerja. Kebetulan ada dua penyapu. Jadi mama ambil satu, menyapu sambil berbual dengan aunty tu," ujarnya.

Ramai netizen memuji tindakan murni ibu Nesrin yang membantu membersihkan kawasan hentian.

Menurut Nesrin lagi, dia yang terhibur dengan aksi spontan ibunya pantas membuat rakaman sebelum berkongsi secara suka-suka di Twitter.

Tanpa semena-mena, ia menerima lebih 4,200 ulang kicau (Retweet) sehingga ibunya menjadi perhatian netizen.

"Mama gelak-gelak je lepas tahu dia viral. Tapi mama ucap terima kasih kepada semua yang doakan dia.

Lama juga mereka berborak sambil menyapu, dalam setengah jam.

NESRIN SHAZWANI ABDUL SHUKOR

"Saya pun tak jangka viral, sekadar rakam je. Tapi Alhamdulillah, dalam pukul 3 petang kereta dah ditarik. Kami pula dijemput oleh saudara," ujarnya.

Menurut Nesrin lagi, dia tidak hairan mengapa ibunya rajin untuk membersihkan kawasan itu memandangkan wanita itu memang seorang yang aktif.

"Mama jenis yang tak boleh nak duduk diam. Masa mula-mula tu pun, dia tengok je aunty tu dok menyapu sampah.

Kereta dinaiki mereka sekeluarga rosak sewaktu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

"Orang kat hentian tu pun baik-baik semuanya. Aunty tukang sapu yang dalam video dengan mama pun ada tanya sekiranya kami dah makan ke belum, kenapa terkandas di situ.

"Lama juga mereka berborak sambil menyapu, dalam setengah jam," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Nesrin sama sekali tidak menyangka video itu akan tular di laman Twitter.

"Tersenyum-senyum saye tengok mak awak.

"Semoga ibu awak dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

"Really respect your mama. Bukan semua orang nak buat macam ni," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain