suria

Pecut! Atlet sekolah tak sangka ‘geng meow’ gigih kejar selepas makanan dibawa lari - “Abang tak boleh terus ke depan”

Muhammad Amirul (kiri) menjadi perhatian selepas videonya berlari dikejar kucing menjadi tular. -Foto ihsan Nur Fazera Natasha Kamaluddin

FUH! Berdesup laju.

Seperti acara lumba lari di balapan, seorang pemuda dirakam sedang berlari membuat pusingan di halaman rumah yang luas.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, selain kepantasan larian pemuda berkenaan, turut dapat dilihat beberapa ekor kucing yang mengejarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut rider wajah ganas bawa 'peneman' pergi kerja - "Macam gangster yang sayang sangat mak dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Tangisan dalam kegembiraan! Drama queen umur 8 tahun berjurai air mata dapat 'pengganti' Taeyang - "Abah, kakak berterima kasih..."

"Jap, ni abang you takut kucing ke atau dia ada pegang makanan kucing yang kucing tu kejar macam tu?" komen netizen.

Pengguna akaun Twitter yang memuat naik video tersebut di laman sosial, Nur Fazera Natasha Kamaluddin berkata, pemuda dalam rakaman itu adalah abangnya, Muhammad Amirul Hanis yang berusia 16 tahun.



Muhammad Amirul membela empat ekor kucing di kampungnya.

Remaja berusia 15 tahun itu memberitahu, aksi abangnya bersama empat ekor kucing itu dirakamkan oleh ibu saudara mereka di sebuah kampung di Johol, Negeri Sembilan.

"Abang bukan takut kucing, tapi sebenarnya dia adalah pencinta kucing. Kucing-kucing yang kejar itu peliharaan abang, dia tinggal dengan nenek di kampung.

"Masa tu abang bawa lari makanan kucing, tapi saya pun tak sangka pula kucing-kucing tu gigih kejar dia sampai macam tu sekali," katanya kepada mStar.



Nur Fareza berkongsi video mengenai abangnya.

Nur Fazera berkata, abangnya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu berlari membuat pusingan kerana halaman rumah nenek yang luas.

"Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik untuk kembali kepada kucing-kucing dia dan bagi makan.

Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik.

NUR FAREZA NATASHA KAMALUDDIN

"Sebab abang lari laju sangat, dia sendiri tak perasan yang kucing-kucing tu kejar dia dari belakang," katanya yang menetap bersama keluarga di Seremban.

Siapa sangka di sebalik kelincahan pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Abdul Manap itu, dia rupa-rupanya bergiat aktif dalam sukan olahraga.



Begitu jinak kucing-kucingnya.

Menurut Nur Fazera, abangnya mula terlibat dalam sukan terutama acara olahraga sejak di sekolah rendah dan pernah merangkul gelaran beberapa kali.

"Abang pernah dapat johan dalam acara merentas desa darjah 5, naib johan merentas desa (darjah 4), naib johan bagi larian 5 x 50 meter (darjah 3).

"Di sekolah menengah pula abang menyertai acara larian 100 meter, pernah dapat johan. Kali terakhir abang sertai sukan semasa Hari Sukan di sekolah pada awal tahun sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Tapi ketika itu, abang tergelincir semasa acara 1,500 meter. Kaki abang cedera terseliuh dan dia terpaksa berehat buat sementara waktu," tambahnya.

Walaupun keadaan kaki abangnya kembali pulih, remaja itu memberitahu, abangnya kini tidak lagi bergiat aktif dalam acara sukan.

"Sekarang ni abang lebih 'sibuk' dengan permainan video dia. Selalu main video game PUBG. Tapi dia tetap pencinta haiwan terutama kucing-kucing dia, sayang sangat," ujar Nur Fareza.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kucing, lari, olahraga, sukan, video game, PUBG, kejar

Artikel Lain