Gomol pipi gebu anak, ibu pelik ada bau busuk... jantung macam nak pecah masa suluh lubang hidung! - “Nak korek benda tu memang seksa”

Tanda tanya mengenai bau busuk yang dihidu ketika mencium anaknya terjawab selepas Sailaniey menemukan getah gelang di dalam rongga hidung kanak-kanak itu. Foto: FB Sailaniey Dewiey

KANAK-KANAK dalam lingkungan usia enam tahun ke bawah sememangnya suka meneroka pelbagai perkara di sekeliling mereka.

Keadaan ini amat membahayakan terutama bagi yang belum mengerti apa itu bahaya.

Pada peringkat usia ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dengan meningkatkan pemantauan dikhuatiri anak-anak akan melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tegur anak asyik korek hidung, ibu terkejut lihat keluar cecair hitam bau asap rokok... dah X-ray baru nampak bateri! - “Doktor guna wayar dan besi”

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri, geli tolak tepi! Doktor kongsi kisah jolok hidung, anak tekak buat ujian Covid-19 - “Segala lubang, muntah kami kena hadap”

Sebagaimana coretan seorang ibu ini di laman Facebook, dia berkongsi kisah ngeri yang dialami anak kecilnya baru-baru ini untuk pengajaran bersama ibu bapa yang lain agar tidak terlepas pandang mengawasi anak masing-masing.

Menurut ibu muda yang dikenali sebagai Sailaniey Dewi, anaknya memasukkan getah gelang ke dalam lubang hidung namun ia hanya disedarinya beberapa hari kemudian selepas mengesan bau yang kurang menyenangkan.



Perkongsian ibu muda ini mengenai insiden yang dilalui anaknya, baru-baru ini.

"Daniel tengah lena tidur, aku pun cium-cium pipi dia sebab gebu sangat. Aku pun peliklah kenapa hidung Daniel berbau. Dua, tiga hari ni semenjak dia selesema... hidung dia berbau.

"Hairan sebab mulut Daniel tak berbau tapi hidung pulak yang berbau. Hati aku terdetik sangat nak check hidung dia. Sekali aku tengok macam ada something dekat hidung dia.

"Aku suluh la pakai lampu telefon bimbit, sekali aku tengok ada getah dalam hidung dia! Terkejut beruk aku masa tu. Ya Allah rasa jantung aku nak pecah," ceritanya mengenai insiden yang menimpa anaknya yang dalam lingkungan usia tiga tahun itu.

Nak korek benda tu keluar memang agak seksa la, dengan dia tak boleh bagi kerjasama.

SAILANIEY DEWIEY

IBU

Terlalu panik, wanita ini kemudian menghubungi suami yang ketika itu tiada di rumah.

Dia kemudian cuba untuk menarik keluar getah gelang berwarna oren daripada lubang hidung anaknya itu sebagaimana saranan suami, namun tidak berjaya.

"Tunggu ayah dia balik baru ayah dia korek tapi kena pakai tenaga lebih sebab Daniel dah menangis-nangis. Nak korek benda tu keluar memang agak seksa la, dengan dia tak boleh bagi kerjasama.



Elakkan membeli mainan atau objek kecil kepada anak-anak.

"Mujur la getah tu dah dibuang, kalau aku tak check, tak tahu la berapa lama getah tu duduk dalam hidung Daniel.

"Ya Allah macam mana la benda tu Daniel masukkan. Masa aku check, ingatkan getah separuh je dekat hidung dia, sekali ayahnya korek, getah yang bulat tu," katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa yang dialami anaknya itu memandangkan kanak-kanak itu tidak menunjukkan apa-apa tanda yang pelik.



Antara komen netizen yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing.

"Aku sedar pun bila hidung Daniel berbau busuk... itu yang aku syak macam ada benda tak kena dekat dia. Lepas ni aku kena pantau Daniel lebih hati-hati,

"Ya Allah mujurlah Kau bagi aku petunjuk semua ni, kalau tak, tak tahu apa jadi," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain