suria

Tengah syok main PUBG, lelaki ini terkejut awek misteri nak beri hadiah menginsafkan - “Baguslah dia beri peringatan”

Ibnu tidak menyangka menerima hadiah kejutan berupa sehelai sejadah sempena hari jadinya 4 September depan. Foto ihsan Ibnu Hafiz Aiman Harfizy

SIAPA tidak teruja dan berdebar menerima hadiah, terutama pemberian itu daripada individu misteri.

Seorang pemuda bagaimanapun sama sekali tidak menyangka apabila menerima kejutan hadiah berupa sehelai sejadah.

"Auto insaf pagi ini. Siapa bagi ni, terima kasihlah awak ye," tulisnya di laman Twitter dengan memuat naik paparan skrin perbualannya dengan seorang wanita yang mahu mengirimkannya sehelai sejadah yang ditempah oleh seseorang menerusi khidmat pos.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah solat 26 tahun, 1 tahun diam-diam sembahyang baca nota, gadis 'terang hati' ketika kuarantin diri - "Mengejutkan sehari dapat hafal semua"

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup masuk surau, 'pinjam' kain pelikat terselit RM50 - "Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus"

Pemuda berkenaan, Ibnu Hafiz Aiman Harfizy berkata, dia sedang bermain permainan video popular PUBG ketika menerima mesej daripada seorang wanita.



Mesej yang diterima Ibnu daripada penjual sejadah.

Menerusi aplikasi WhatsApp, remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai penjual sejadah memintanya untuk memilih warna sejadah yang disukai.

"Kejutan hadiah memang kita dengar biasa berlaku. Dan biasannya orang akan hadiahkan coklat, bunga atau gula-gula tidak kira untuk lelaki atau perempuan.

"Saya terkejut sebab hadiah yang diberikan kepada saya itu berupa sehelai sejadah. Kebetulan, dengan SOP (prosedur) baru ini, orang ramai diminta untuk membawa sejadah sendiri," katanya kepada mStar.



Sebahagian warna sejadah yang perlu dipilih Ibnu sebagai hadiah.

Ibnu menjelaskan bahawa hadiah tersebut kemungkinan susulan posting yang dimuatnaik olehnya mengenai tarikh hari jadi genap 18 tahun pada 4 September depan.

"Saya cuma beritahu tarikh hari jadi, minta mereka jangan lupa. Tapi tak ada pula sebut minta hadiah birthday," ujar pemuda dari Telok Mas di Melaka Tengah, Melaka itu.



Posting mengenai tarikh hari jadi Ibnu.

Selain nama penuh, nombor telefon yang mudah dihubungi, katanya, penjual sejadah itu turut meminta alamat untuk dikirimkan hadiah sejadah berkenaan.

"Ada lebih 10 warna untuk dipilih dan saya memilih coklat gelap kerana saya memang suka warna-warna gelap.

Sejadah ini akan mengingatkan saya malah sesiapa sahaja untuk menunaikan kewajipan solat lima waktu sehari.

IBNU HAFIZ AIMAN HARFIZY

"Tapi yang menjadi persoalan saya adalah siapa yang pesan hadiah tu? Saya bertanya dengan akak penjual tu, dia cuma beritahu individu misteri itu adalah seorang perempuan," katanya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, walaupun identiti pemberi hadiah kekal misteri dan sejadah masih dalam proses penghantaran, dia terharu dengan kejutan tersebut.



Ibnu berharap pemberi hadiah sejadah itu dapat mendedahkan identitinya.

"Baguslah dia memberi peringatan kepada saya. Sejadah ini akan mengingatkan saya malah sesiapa sahaja untuk menunaikan kewajipan solat lima waktu sehari.

"Saya hargai sangat dan memang tak sangka. Apa yang saya boleh katakan adalah terima kasih banyak kepada pemberi misteri ini.

"Tapi saya berharap dia munculkan diri, dedahkan identitinya pada hari jadi saya. Manalah tahu boleh berkenalan dan 'sangkut' nanti," katanya yang mengaku masih belum berpunya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain