suria

“Kehadiran dia hadiah buat saya” - Tahun lepas kena ‘game’ masa hari jadi, lelaki ini akui tetap trauma walau dah ada awek baharu

Faizi Faiz menerima kejutan hari jadi daripada kekasih baharu pada tahun ini. Foto ihsan Faizi Faiz

KITA hanya mampu merancang, tetapi sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah terbaik.

Siapa sangka pemuda yang pernah tular tahun lalu apabila menyangka kekasihnya meminta hubungan cinta mereka putus menjelang hari jadinya sekadar prank (gurauan), sebenarnya adalah mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

Ketika itu, kekasihnya mahu menamatkan hubungan mereka kerana mahu kembali kepada bekas teman lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka awek buat 'prank' hari jadi, rupanya minta putus nak balik kepada ex... "Birthday present paling malang dalam hidup saya"

ARTIKE BERKAITAN: Bekas kekasih tak suka orang Kelantan, pemuda tawar cincin 'free' gara-gara bertunang tak jadi

Setahun berlalu, dan pemuda berkenaan diberi kejutan sempena hari ulang tahunnya baru-baru ini dan kali ini cukup berbeza kerana ia disambut bersama insan tersayang.

"Tiada lagi prank tahun ini dan seterusnya. Kamu berhak untuk gembira. Terima kasih kerana membuatkan saya sentiasa tersenyum. Walaupun kadang-kadang terlalu menjengkelkan hahaha. Semoga kegembiraan sentiasa menjadi milik kamu," tulis seorang wanita di laman Twitter.



Kisahnya pernah tular kerana ditinggalkan kekasih pada hari jadi.

Pemuda berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizi Faiz mengakui dia kini sudah berpunya dan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis sejak Mac lalu.

Dia yang berusia 21 tahun itu bagaimanapun memberitahu sebenarnya mereka telah mengenali antara satu sama lain sebelum hubungannya yang terdahulu terputus di tengah jalan.

"Bila hubungan saya dengan ex dah putus, saya memang down. Tapi dia banyak menjadi pendengar setiap kepada setiap cerita dan masalah saya.

"Dia sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Kehadiran dia banyak memberi keyakinan saya dari seorang kawan biasa, rapat hingga jadi girlfriend saya," katanya kepada mStar.



Faizi Faiz (kanan) bersama kekasih menunjukkan kek hari jadinya.

Faizi Faiz yang berasal dari Muar, Johor itu bagaimanapun tidak mengharapkan kejutan pada hari jadinya tahun ini kerana bimbang nasib malang yang menimpanya tahun lalu berulang.

"Masa hari jadi saya baru-baru ini, girlfriend ada buat kejutan, tapi mula-mula rasa trauma sebab teringat prank masa hari jadi tahun lalu.

Masa hari jadi saya baru-baru ini, girlfriend ada buat kejutan, tapi mula-mula rasa trauma sebab teringat prank masa hari jadi tahun lalu.

FAIZI FAIZ

"Tapi bila saya masuk kereta dia, ada kek hari jadi. Dia suruh tengok belakang, ada tersedia satu kotak hadiah dan kad ucapan. Kali ini memang surprise hari jadi.

"Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya kali ini cukup berbeza. Benar-benar tak sangka ada kegembiraan untuk hari jadi kali ini," ujar anak sulung daripada lima beradik itu.



Faizi Faiz dan kekasihnya mula menjalinkan hubungan cinta sejak Mac lalu.

Mengenai kekasih baharu yang juga dari Muar itu, Faizi Faiz berkata, walaupun hubungan cinta mereka masih baharu, tetapi dia berharap semua pihak dapat mendoakan agar ia berkekalan.

"Bila dah ada girlfriend baru, kisah lama tak fikir dah. Lagipun saya dah lama move on. Saya anggap kehadiran dia dalam hidup saya juga sebagai hadiah birthday saya tahun ini.



Kekasih baharu Faizi Faiz sentiasa ada ketika susah dan senang.

"Sehingga kini dia melayan saya dengan baik. Pernah saya tak sihat di tempat kerja, dia sanggup datang dalam keadaan belum mandi untuk bawa saya ke klinik.

"Perempuan ni memang sweet dengan orang yang dia sayang, tapi mungkin jarang yang sanggup keluar tak mandi kerana orang tersayang yang sedang sakit. Terharu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain