suria

Hanya pensil warna, potret karya gadis ini meletop... letak harga 'marhaen' pula tu! - “Sebak bila diminta lukis gambar insan kesayangan yang dah tiada”

Gadis bernama Nureen Amani tidak mensia-siakan bakatnya apabila membuka tempahan melukis potret.

"SUMPAH lawa! Jealousnya dengan orang yang ada bakat melukis ni"

Demikian antara komen yang dilemparkan netizen terhadap hasil seni yang dikongsikan oleh gadis ini di Twitter.

Daripada lukisan realistik gambar haiwan serta tumbuhan sehinggalah kepada potret manusia, semuanya nampak 'menjadi' di tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terima Kasih Abah’ bawa tuah buat pemuda kampung... impian serah lukisan kepada PM hampir jadi kenyataan – “Karya ikhlas seorang budak kampung”

Gadis ini nyata tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki, justeru dia turut mengiklankan perkhidmatan melukis potret kepada pengikutnya di laman Twitter.

Apa yang mengkagumkan, harga yang ditawarkan boleh dikatakan 'tidak masuk akal' jika dibandingkan dengan karya yang dihasilkan!



Antara hasil karya Nureen yang hanya menggunakan pensil warna.

"Memandangkan sedang bercuti semester, saya mengisi masa dengan mengambil tempahan melukis. Selalunya memang saya akan buka tempahan setiap kali cuti semester.

"Sekarang, saya buat promosi sempena Hari Kemerdekaan ke-63. Alhamdulillah, dah hampir penuh slot tempahan.

"Kebiasaannya, saya akan tetapkan harga berdasarkan masa yang diambil dan skill untuk menghasilkan potret yang diingini pelanggan.



Lukisan relistik Nureen turut mendapat pujian netizen kerana ia seakan-akan sama seperti rupa sebenar.

"Iya, mungkin ada yang rasa agak murah sebab ia termasuk dengan frame tapi saya okay saja sebab enjoy buat apa yang saya suka," demikian kata gadis bernama Nureen Amani Saipul Bahri ini kepada mStar.

Bercerita lebih lanjut, gadis yang senang disapa sebagai Nureen ini mendedahkan bakat seninya itu mungkin diwarisi daripada bapa.

Tapi ada beberapa pelanggan yang minta saya lukis gambar insan kesayangan mereka yang sudah 'tiada' sebagai kenangan.

NUREEN AMANI SAIPUL BAHRI

PELUKIS

"Ayah tak melukis tapi dia suka buat arca. Mungkin darah seni ini daripadanya juga.

"Saya pertama sekali melukis ketika Darjah 6, ketika itu sertai pertandingan melukis. Saya hanya menang tempat ketiga. Kemudian daripada situ saya mula gilap dengan banyakkan practise.



Nureen mendapat sokongan padu daripada keluarganya.

"Mula serius ambil tempahan adalah pada 2017 iaitu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebab masa tu saya rasa sedikit yakin dan banyak masa terluang," ujarnya yang mengambil upah menghasilkan potret menggunakan pensil warna dengan bayaran serendah RM60.

Disebabkan minat terhadap bidang seni juga mendorong gadis berusia 20 tahun dan merupakan seorang 'kidal' ini melanjutkan pengajian dalam bidang seni halus ke peringkat institusi pengajian tinggi.

"Walaupun tengah belajar, sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan sampingan daripada hobi ini.



Nureen juga mempunyai kebolehan menggunakan menghasilkan mural dan lukisan cat air dan minyak.

"Alhamdulillah ramai yang support bila saya muat naik di media sosial. Kebanyakannya ada yang minta lukis potret sendiri, namun ada juga yang minta lukis potret bersama pasangan.

"Tapi ada beberapa pelanggan yang minta saya lukis gambar insan kesayangan mereka yang sudah 'tiada' sebagai kenangan. Sebak juga bila nak melukis. Namun secara tak langsung saya gembira kerana dipilih untuk abadikan kenangan mereka," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain