suria

Lelaki bangga bawa keluarga masuk mall tak pakai mask, siapa pandang semacam dicop haiwan ternakan - “Dia ingat virus serang start 1 Ogos ke?”

Kenyataan seorang lelaki mengenai pemakaian topeng muka ternyata mengundang kecaman ramai.

RAMAI menyambut baik pengumuman kerajaan yang mewajibkan pemakaian topeng muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos depan.

Namun, seorang lelaki tampil dengan kenyataan cukup angkuh berkenaan isu tersebut sehingga mengundang kecaman ramai di media sosial.

Dalam posting di Facebook, lelaki itu bercerita kisah dia bersama isteri dan anak-anak yang tidak memakai topeng muka sewaktu ke sebuah pusat beli belah.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah abai SOP! Mulai 1 Ogos wajib pakai mask dalam pengangkutan awam, tempat sesak... tiada lagi kuarantin di rumah

ARTIKEL BERKAITAN; Suka sangkut topeng muka di leher? Awas berlaku penyebaran kuman!

"Cuma bawa mask buat syarat nak bagi lepas guard check masa nak masuk parking je. Itu pun tunjuk mask kat tangan. Dalam mall tu semua orang pakai mask bertutup semuanya.

"Aku bisik kat bini aku. Segarnya kan sayang, kita sekeluarga Allah bagi nikmat sedut oksigen yang segar bugar hari ini tanpa ada sebarang pencemaran mulut-mulut manusia tak gosok gigi," tulis lelaki itu.

Kerajaan mewajibkan pemakaian topeng muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos depan.

Malah katanya, dia juga seolah-olah kurang senang apabila pengunjung lain memandang ke arah dia sekeluarga gara-gara tidak memakai penutup muka.

Lebih teruk, dia dalam posting sama turut menggelarkan mereka sebagai 'haiwan' kerana arahan wajib hanya akan bermula pada 1 Ogos ini.

Cuma bawa mask buat syarat nak bagi lepas guard check masa nak masuk parking je.

LELAKI TULAR

"Kau nak pakai mask tu pakai la. Janganlah pandang orang tak pakai mask macam nampak haiwan masuk mall.

"Kau tu sebenarnya haiwan ternakan tak ada akal yang turut saja segala arahan penternak kau.

"Belum 1 Ogos dah beria eh hangpa," ujarnya lagi.

Lelaki itu mengakui dia sekeluarga menjadi perhatian pengunjung pusat beli belah kerana tidak memakai topeng wajah.

Selain Facebook, posting itu turut dikongsi semula oleh individu lain di laman Twitter sehingga mengundang kecaman ramai.

Malah, netizen turut menyifatkan kenyataan lelaki itu sebagai biadab dan mementingkan diri sendiri.

"Macam mana eh wujud mindset macam ni? Kau tak nak pakai mask kau punya pasallah. Dah kenapa nak kata orang lain haiwan ternakan pula?

Kenyataan penuh lelaki itu di Facebook.

"Nikmat oksigen tahu. Nikmat akal letak mana ? Aduhai.

"Kenapa nak kena tunggu 1 Ogos baru pakai, apa dia ingat virus tu menyerang start 1 Ogos ke?

"Lagi kesian anak bini dia dapat ayah dan suami macam ni, tak ada akal menyusahkan orang," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain